Followers

Saturday, June 4, 2011

9 am to 5 pm,

hey!
lama dah tak mengarut, biar la aku mulakan bebelan aku dengan, assalamualaikum :)

kawan kawan sihat? maaf la aku dah takde masa nak membebel macam dulu lagi sebab,
I OFFICIALLY GOT A JOB! :)

aku mula kerja 1 jun haritu.
under contract - 1st of june until august 31st, 3 months to be exact.
alhamdulillah, syukur aku dapat bekerja dengan one of the biggest company in Malaysia.

Nestle Malaysia :D

nestle's head office is located in mutiara damansara, Surian Towers.
so bayang kan laa pj - damansara, damansara - pj everyday T.T

aku di campak under customer service supply chain.
di mana aku kena belajar benda benda from raw material to sales market.
and yess, aku kena ambik tau pasal barang barang yang mereka produce sampai la customer's satisfaction.
i wont bore u with all this sebab aku sendiri pun baru lagi, aku sendiri pun bukan paham sangat
-..-

first day aku kat sana, rasa macam budak kecik di selubungi mainan yang berkoyan koyan.
sebelum mula bekerja, ada induction.
ok, induction, dengar pun dah takut kan? mana la tau ke ragging, macam selalu asrama buat.
TAPI, aku masuk bilik induction tu, terus dapat goodie bag.
berisikan chocolates, file, pen, buku, note book yang sangat comel, bag nestle tu pun aaa, comell :')

and then diorang briefing la pasal company, kilang kilang nestle, seronok gila (sebab basically i learn about FOOD! :D)
lepastu dapat tour kat seluruh office, vending machine bersepah.
meaning, i can drink milo ice, nescafe ice, nestea, all for FREE!
dan yang paling paling tak tahan, peti ice cream SENTIASA PENUH!
all u can eat, eat all u can!!! :O

i get to meet my boss, agak garang, teringat kat ayah aku :/
but uhh, he's ok. i was introduced to my colleagues, semua nya baik baik belaka (so far)
aku belajar banyak benda baru walaupun baru 3 hari kat sana, long way to go.

there's not much to tell since im still new there.
kerja pun benda benda basic, belajar guna mesin photostat (kerja paling famous untuk budak baru -,,-), belajar hantar email, belajar nak cakap apa time meeting, belajar baca order, dan kerja aku paling best kat sana buat bar chart untuk sales order HAHA mentang mentang aku base on graphic -,-
agak kejutan budaya jugak sebenar nya sebab aku tak pernah bekerja (langsung), takde pengalaman.
tapi ni la pengalaman baru aku for the next 3 months.
doakan aku, terima kasih :)

k la, bye!

p/s : whoever happen to be around ikea, curve or damansara from 12 to 1-30, please please bring me to lunch! hehe :D

Monday, May 16, 2011

breathe in, breathe out,

although i am finally free for 4 months, aku masih belum berkesempatan ingin berlepak lepuk dengan kawan kawan.
al maklumlah, masing masing pun ada hal masing masing.
ada yang masih belum cuti, ada yang dah start kerja, dan ada juga dalam kalangan mereka yang tiba tibaa nak tarik muka. kuikui.

tapi takpe la, aku tak kisah pun, kau happy, aku pun happy :)
siapa lagi mangsa aku kalau bukan botak head.
ok, dah tak boleh panggil dia botak head sebab rambut dia dah merewang tak tentu hala.
rasa macam nak pegy pinjam aney gunting rambut punya shaver nak pi botak kan dia balik TT

tapi sekarang dah jarang sangat jumpa batman, rasa nya 2 minggu sekali je.
sebab dia pun dah start practical, free pun only on weekends.
itu punn kena plan awal awal dulu, kalau tak harapan :(

so last saturday, dia kutip aku kat rumah and bawak aku pegy food journey, macam biasa.
tu je la kerja dia dari dulu sampai sekarang, manambahkan lemak kat badan aku.

gambar sebagai bukti aku hanya makan meatball 5 ketul dan sedikitttt fish and chips dia (sumpah sedikit, sangat sedikit.)
cake daim tu pun dia yang habis kan, maka jangan la menunding jari seolah aku ni seorang pelahap (walaupun memang benar aku seorang pelahap)
TAPI DIA EXTRAVAGANZA PELAHAP! =,=
(as u can see, belakang kotak sunkist tu pun meatballs dia yang punya, so he had 2 meals. cakap pasal air sunkist, tu air dia tapi dia stilllll habiskan air cranberry aku T.T)

dannn idea untuk semangkuk tutti frutti ni pun idea dia jugak.
dannn dia ajak sebaik sahaja kitorang blah dari ikea.
dannn sebagai bukti dia yang makan banyak, tu sudu dia yang pegang taknak lepas! -,-
tapi thanks belanja hehe sedap sebab ada topping baru, blueberries! :)

chit chatted alot with him that day, rasa appreciated sangat :')
jalan jalan taktau nak pegy mana then lagi sekali dia ajak lepak papparich kat pj pulak.
k dia memang gila.

u see that cheek my man? i blame u for that! :(

walaupun dalam kereta hanya kami berdua tapi aku suka duduk belakang sebab boleh acah acah mam besar kuikui.
"driver, next stop, mamak please."
"ok mummy." - POTAK KAU! ingat aku sugar mummyy kauuuuu?
ok banyak main =='

lepas papparich, dia ajak makan sipang rogeng pulak (pisang goreng, harap maklum).
yess aku taktau dia sampuk jin apa asyik nak makan je.
mujur la gerai sipang rogeng kat rumah aku tu tutup -sebab hari sabtu!
so kitorang lepak mamak bawah rumah aku dan pekena teh tarik panas peh peh pehhhh.

sangat banyak pit stop haritu dan sangat banyak mengarut dengan dia.
dah lama sangat tak luangkan masa macamni, dia asyik busy je :'(

before i go home,

depan rumah aku pun jadi pitstop jugaaaakkk =.=
(mesti korang terfikir, motif rambut palsu ni ada dalam kereta dia?)
I WAS WONDERING THE SAME THING MAN!
kau buat apa dengan rambut kuning merah ni b?
selangor kalah jugak brr brr. kk no offense.

thank you for a day well spent.
one of the best dates i had with him though :)
sebenar nya, every dates are the best dates when im with u ♥ !

jiwang much? k bye!

p/s : batman bagi baju sukma! kihkihkih.

Monday, May 9, 2011

its the end of my art school years,

hi! so guess what?
tears of joy, tears of happiness!
i ended my diploma years, FINALLY! :D
(insyaallah, taktau la kalau aku repeat apa apa next sem kan sebab aku ni kan pemalas tahap karma tak pernah buat kerja langsung, kan?)

tapi apa apa pun, sumpah aku rasa tenang.
walaupun work aku tak berapa gempak, tak segah orang lain.
tapi aku boleh jugak buat, dengan bantuan kawan kawan yang tak pernah jemu layan kebodohan aku, mereka tak selfish ataupun kedekut ilmu :)

alhamdulillah, final assessment ok, diploma show pun ok.
sedih dah 2 sem aku tak dapat explain kerja aku kat lecturer sebab tak cukup masa.
mungkin luck aku kot tak payah kena hentam, HAHA! :p

whatever it is, congrats AD111, AD117 and AD118 - July2008 intake!
YOU DID IT, WE DID IT! :D

few friends yang gilak :)


MY PARENTS CAME! all the way from pj (tapi lepas tengok work aku, diorang terus balik. haha)
hiahiahia! sangat terharu sebab diorang tak pernah berhenti menyokong aku.
semua work ni untuk diorang, sebab diorang yang tanggung semua pembayaran kerja kerja ni! :p

tapi mak sangat cute, baru duduk sepuluh minit dengar dato' bagi speech, di boleh tanya aku,
"bila boleh balik?" - kruuuuukkkkk hahaha!

barisan lecturers yang pernah mengajar.
puan azian, my major discipline teacher, encik wan, liberal lecturer.
yang kanan sekali tu encik fauzi, ajar graphic comm masa part 4.
and of course, everyone has their favourite lecturer, mine would definitely be incik faezal, in the middle, hahak, the coolest lecturer EVAH!! :D

those crazy moments :)


and my close friends in uitm lendu :)
i love you guys to bits.
thank you sebab 3 tahun layan perangai aku yang annoying ni.
thank you for not leaving me as a friend.
thank you sebab banyak tolong aku, ajar aku benda yang aku taktau.
THANK YOU! :')

sekarang bermula hari hari aku sebagai seorang pengurus bertauliyah kilang taik mata.
4 bulan cuti taktau nak buat apa. brr brr.

k la, will update more soon. nak mandi.
k bye!

p/s : so so happy i dont have to see those people i dont want to see anymore HAHA! :))))

Tuesday, April 19, 2011

3 tahun tak lepak, 3 orang jumpa, 3 jam lepak, 3 air sedut,

aku pernah mention kat belog kot, yang aku ada symptom tak suka save nombor orang.
semalam, ada dua nombor yang aku kurang pasti siapa, dengan tanpa segan dan silu nya, call aku.
cehh call pun nak kena segan silu macam la hotsetap -..-

nombor ekor yang pertama, rupa nya ery atau lebih di kenali sebagai aiman chong.
chong la sangat, nama hairee ada hati nak jadi aiman. haktuih!
dan nombor 4d kedua, apek! faiz hamzah fansuri. kihkih.
minta maaf, bukan tak mau angkat, cuma takut kot kot lecturer aku call dari melaka tanya kenapa tak hantar progress, mampos aku!

dah lama gila aku tak jumpa diorang ni.
last lepak lepas ambik result spm kot? ehh yeke?
mak aihh, aku rasa kalau kahwin dah ada 3 orang anak dah.

haa harini aku pegy jumpa diorang sebab diorang ajak lunch,
port zaman sekolah dulu, mana lagi, NALING!
mula mula apek sorang je, ery done done la nak kena jadi suri rumah.
plan pam pom pam pom bunga api cap ayam last last dia tak dapat datang.

datang datang tengok apek dah gemuk! APEK DAH GEMUK WOI! kahkahkah.
dulu kurus kerempang macam cicak kobeng sekarang dah gemuk gebu macam sotong goreng!
(sebenar nya takde la gemuk mana pun cuma tangan dia dah besar sikit dari dulu, sikit je -.-)

borak borak berak, sekali ery muncul tiba tiba duduk sekali.

aku taktau kenapa ery suka beno ambik gambar gini.
yang penting tengok tangan apek, sekarang ada isi!
dulu aku rasa tulang dia pun takde sumsum bhahaha.

tak banyak yang berubah, ery masih lagi panjang macam galah, cuma muka dia makin petak.

gehhh, rindu sebenar nya dengan diorang ni.
sebab masa sekolah dulu rapat la jugak.
pegy library, lepak naling, tuition sama.
lepas habis spm masing masing buat hal sendiri, atas sebab sebab tertentu :)

sekali jumpa, BOOOMMM! semua cerita keluar! (takde la semua pun)
siapa yang dah kahwin, siapa dah break, negara jordan kat mana, kenapa aku tak reti masak.
diorang siap tentu kan harga hantaran aku lagi sebab aku tak pandai masak -_____-"
OK THANKS!

nak cerita semua benda memang sampai besok pun tak habis, sebab dah lama sangat tak duduk borak sama sama.
but this time, i get the freedom to hang with them, tak payah nak jaga hati siapa siapa.
if you know what i meannnnnnn :))))))

before balik ;

bye bye ery :)

bye bye apek :) nanti bayar saman ok. kehkehek.

ada 3 jam jugak la panas kan bontot kat sana.
dari panas terik tiba tiba hujan lebat lepastu panas balik.
yang penting aku dapat makan kuey teow goreng basah naling peberet akuuuu!
MEOW! :D THANKS APEK BELANJA!
next time aku pulak belanja korang aite :)

k bye! :)

p/s : "but this time, i get the freedom to hang with them, tak payah nak jaga hati siapa siapa. if you know what i meannnnnnn :))))))" only they knew what i was talking about. huehhhhh.

less than three,

truutt truut,
"halooo, sara kitorang plan nak datang melaka esok!"

SAY WHAA? what what? gundiks are coming to melaka! :O
actually, niesha was planning to see her aboy.
so sambil scuba diving, teguk air la kann.
EXCITED GILA :))

ye ye aku tau kerja aku banyak gila tak siap, sempat lagi nak huuhaa huuhaa.
aku sebagai seorang kawan yang prihatin (chait!) takkan nak biar kan diorang terkontang kanting kat sini kan?

on their way to melakaaa :)
niesha bawak macam laha, 200 terus, alhamdulillah, hidup lagi diorang ni.
kahkahkah. (niesha tak sabar kot ;)) wahaha.

finally diorang sampai, aku terhegeh hegeh lagi baru nak keluar rumah (sebenar nya masa korang sampai aku baru lepas mandi ngeee)
mentang mentang lendu dengan ayer keroh tu kangkangan kera, so jumpa diorang kat tol ayer keroh.
aku culik ayang dengan azrin, niesha teruskan hal dia dengan aboy, omboiii.

so guess where they requested to go?
MELAKA WONDERLAND -PUKUL 1 TENGAH HARI BAI!
tengah matahari elok terpacak atas kepala ni, azrin ajak pegy mandi manda.
memandangkan matahari dan aku sangat rapat dan akrab, dah macam best friend, aku pun on je.

tiga orang pun jadiiii. haha.
muka excited walaupun masatu memang tengah panas.
nampak angin tiup rambut? JANGAN TERPEDAYA!

agak kelakar masuk waterpark tapi tak sewa pelampung kan?
MEMANG KELAKAR!
so most of the rides kitorang tak boleh naik sebab tak bawak duit untuk sewa pelampung.
beg semua dah simpan dalam locker, soo malas nak pegy keluar semata mata.

so apa kita buat?
naik ride yang tak perlukan pelampung over and over again.
BUT I HAD FUN WITH BOTH OF THEM! ♥

lepas mandi biasa la perut buat buat lapar, dari pagi tak makan sebenar nya.
mana lagi port lepak anak remaja kalau tak mcd?



mcd ayer keroh panas kat luar, seelok nya korang duduk kat dalam k?
ahahaha.

aku ni nama je duduk melaka dah 3 tahun, tapi sumpah aku tak reti reti lagi jalan kat sini.
especially ayer keroh, FAIL TERUK!
"sara, kau tau mana batu berendam?" - haa kat mana tuu?
"kau tau putra heights?" - putra heights bukan kat subang ke?
PFFFFFFTTTTTTT! epic fail man.

diorang datang sini, diorang yang tunjuk aku jalan.
basically, diorang yang bawak aku jalan, bukan aku yang bawak diorang T.T

lepas makan azrin took over and drove us to aboy's house in putra heights.
baru laa aku tau kat ayer keroh pun ada putra heights T.T
kill me pleasee, where was i??

sampai sampai je tengok niesha syiok karaoke.
oke -..-

♥ !
trios.

dah sedap lunak merdu lemak suara niesha sumbangkan tadi, mak aboy balik dari mana entah.
so kita apa lagi kan, tak reti reti nak balik? haha.
salam salaman dah macam hari raya dah, kitorang pun chowww.
bye bye aboy, auntie mak aboy dan haja (haja kot nama adik dia)

before diorang balik kl, singgah shell isi minyak.
and then,



motif 1?
motif 2?

BYE BYE KORANG :'(
safe trip back to kl (memang 'safe' pun kalau niesha yang bawak -,-)
thanks for coming! i love you girls.

aku balik lendu sorang T.T
nampak tak, senyum dalam kesdihan. haha.
bye girlsss, i'll be home on may 6th, u girls can have me till the end of august!
muah muah!

k bye! :)

p/s : azrin, thanks again i owe u a lunch date. cant wait till our next lepak session. love yous. muahs!

Monday, April 18, 2011

kurun keberapa, abad keberapa,

jangan terpedaya.
aku belum lagi ingin kuburkan belog precious aku ni.
aku cuma belum ada masa yang banyak untuk menghapdet apa apa buat masa ni.

tapi memandangkan sekarang aku dah ada kat rumah, internet dah laju macam unifi walaupun aku tak pakai unifi pun ahahaha.

cerita pasal review (haha tahun bila punya cerita la deyy?)
tapi nak cerita jugak :)
experience, sangat best eventhough tak dapat present (NASIB BAIK AKU TAK PRESENT KALAU TAK BUAT MALU MELAKA JE!)
actually the night before tak well prepared pun, datang bawak sketches je, digital work tak banyak sooo dengan selamba nya, redah.

bella aku curi gambar kau yep.
kitorang berkumpul kat uitm pukul pagi, aku pun tak ingat dah pukul berapa tapi yang penting beg kitorang bawak macam nak pegy 3 bulan.
padahal nak pegy 3 hari je, zzz.

singgah breakfast kat mini malaysia tu tapi aku tak makan pun sebab takde selera plus memang takde duit pun nak makan.
tunggu sampai hotel baru makan besar.

girls from my class :)
first day in hotel seri malaysia ayer keroh.
kampus melaka sampai dulu (duhh, kitorang paling dekat, memang la sampai dulu, pfft!)
dapat bilik 303, nombor kegemaran.
LOVE EVERYTHING THERE!
the room, the food, the hall, the pool. EVERYTHING!
SEMUA BEST! :)

semua orang menggelabah malam tu sebab takut kena present.
last last cikgu bagitau nama nama yang akan present, phewwww, tarik nafas lega aku tak kena woiii.
that night agak mengantuk masa review sedang di jalan kan but overall, thumbs up! :)

the next day, review lagi, perut dah tak kecut macam semalam sebab dah tau aku tak payah present maka dengan itu aku bersenang lenang makan popiah -.-


girls from uitm melaka graphic dept (excluding ikhwan -..-)
proud to wear our corporate jacket walaupun ni FIRST TIME aku pakai.
since last sem aku dapat baju ni, aku tak pernah pakai pun haha.

presentation semua gempak gempak belaka, especially from uitm kedah.
diorang gempak, sumpah tak tipu. respect respect!

after review, kitorang dapat opportunity untuk bertukar pendapat dengan pelajar kampus lain (ada juga yang bertukar email facebook -,-) dan juga mendapat pandangan dan idea dari lecturer dari kampus lain (yang ni takde dapat email facebook -,-)
skema gila ayat, macam la aku punya work baik sangat.

review habis on the second day.
so untuk celebrate,


FUN TIME! :)
memang majalah mangga habis! ahahaha

malam tu pulak bbq dinner with everyone.
makan sangat sedap, rasa taknak balik wehh.
pelahap macam kat lendu tak pernah makan.

third day, still, bertukar pendapat dengan pelajar kampus lain (ada juga yang bertukar email facebook -,-) dan juga mendapat pandangan dan idea dari lecturer dari kampus lain (yang ni takde dapat email facebook -,-)

boys from my class.
see how sad, perempuan ada 6 ekor, nak lawan dengan lelaki ini punya ramai T.T
everything went well i suppose.
seronok dapat buat kawan baru walaupun takde la buat kawan sangat pun aku kat sana.
gehh.

then again, the lectures semua baik baik, cute cute, kelakar kelakar.
enjoy je.

so kepada junior junior yang bakal mengambil subject major discipline - TOLONG JANGAN BUAT KERJA LAST MINUTE.
HAHAHAHAHA yeah right.
kita memang di lahirkan sebagai seorang yang last minute. kuikuikui.

k bye!

p/s : kepada mereka yang main loceng bilik aku lepastu telefon bilik aku macam tak pernah jumpa telefon tu (aku tau ni budak perak), raya kang baru minta maaf k. bye. HAHA.

Sunday, March 20, 2011

big day equals to big photos,

aku terlupa nak tukar setting gambar to medium size.
dia tiba tiba terjadi besar.
tapi aku tak kisah pun sebenar nya.

by the way, happy birthday ameen :)

ni lah birthday boi. dah tua dah tua.
aku taktau la kenapa aku di lahirkan seorang yang tidak sweet.
aku tak plan apa apa pun untuk dia sebabbb, bajet gua burst bro! (ok kenapa aku cakap macam dia? -,-)
sooo aku bawak dia makan makan je.

one useless girlfriend.
sorryy sebab dapat awek tak meriah. haha.

bila la aku boleh lawan bold 2 kau ni haihhh.

kau bayangkan, ini dua orang makan.
sebagai pengganti la sebab aku tak bagi hadiah, aku bagi la dia makan puas puas.
gehh malang nya ada awek tak serbaguna macam aku T.T

harini hari sabtu, aku lupa diorang tak bagi pelastik beg.
patut la aku tengok orang keluar supermarket bawak sayur macam pegang botol.
aku pun dengan bijak beli tanpa menghiraukan saiz barang tersebut.

by the way, kellogg's rice bubble adalah dadah!
terima kasih jaya grocer sebab jual benda ni!
sumpah dah lama aku cari! -.-
masa sekolah setiap hari bawak pegy sekolah.

hmmph awek orang lain belikan cake untuk birthday boyfriend.
aku beli macaroons je untuk dia.
dah kata dah, memang bongok T.T

itu je la hadiah tak seberapa yang aku boleh bagi dia.
aku bawak masuk tempat coklat mahal mahal, yang ini jugak dia pilih :')
bagus nyaaa.

tengok tu, dah macaroons tu aku beli untuk dia, tapi aku jugak yang makan.
mesti berderai air mata ameen dapat awek pelahap macam... ahh malas nak sambung ayat T.T

iklan, saje nak promote kambing biri biri aku. comel kan? :)

:)

fakfes -..-

kasi tumbok sekali mesti puas hehe

apa apa pun, thats my boy :')
i dont give pieces of shits about what u want to say about us.

honestly, i hate today. suck big time.
but the fact that i get to see him turns everything around.

sorry ameen, i tak dapat nak bagi u celebration besar besaran.
cukup la sekadar u tau i ingat kat u selalu :)

k bye!

p/s : ehekk, sebenarnya banyak lagi benda yang aku bagi dia. tapi shhh, itu rahsia aku. aku taknak share dengan orang lain. hehe :p