Followers

Sunday, March 20, 2011

big day equals to big photos,

aku terlupa nak tukar setting gambar to medium size.
dia tiba tiba terjadi besar.
tapi aku tak kisah pun sebenar nya.

by the way, happy birthday ameen :)

ni lah birthday boi. dah tua dah tua.
aku taktau la kenapa aku di lahirkan seorang yang tidak sweet.
aku tak plan apa apa pun untuk dia sebabbb, bajet gua burst bro! (ok kenapa aku cakap macam dia? -,-)
sooo aku bawak dia makan makan je.

one useless girlfriend.
sorryy sebab dapat awek tak meriah. haha.

bila la aku boleh lawan bold 2 kau ni haihhh.

kau bayangkan, ini dua orang makan.
sebagai pengganti la sebab aku tak bagi hadiah, aku bagi la dia makan puas puas.
gehh malang nya ada awek tak serbaguna macam aku T.T

harini hari sabtu, aku lupa diorang tak bagi pelastik beg.
patut la aku tengok orang keluar supermarket bawak sayur macam pegang botol.
aku pun dengan bijak beli tanpa menghiraukan saiz barang tersebut.

by the way, kellogg's rice bubble adalah dadah!
terima kasih jaya grocer sebab jual benda ni!
sumpah dah lama aku cari! -.-
masa sekolah setiap hari bawak pegy sekolah.

hmmph awek orang lain belikan cake untuk birthday boyfriend.
aku beli macaroons je untuk dia.
dah kata dah, memang bongok T.T

itu je la hadiah tak seberapa yang aku boleh bagi dia.
aku bawak masuk tempat coklat mahal mahal, yang ini jugak dia pilih :')
bagus nyaaa.

tengok tu, dah macaroons tu aku beli untuk dia, tapi aku jugak yang makan.
mesti berderai air mata ameen dapat awek pelahap macam... ahh malas nak sambung ayat T.T

iklan, saje nak promote kambing biri biri aku. comel kan? :)

:)

fakfes -..-

kasi tumbok sekali mesti puas hehe

apa apa pun, thats my boy :')
i dont give pieces of shits about what u want to say about us.

honestly, i hate today. suck big time.
but the fact that i get to see him turns everything around.

sorry ameen, i tak dapat nak bagi u celebration besar besaran.
cukup la sekadar u tau i ingat kat u selalu :)

k bye!

p/s : ehekk, sebenarnya banyak lagi benda yang aku bagi dia. tapi shhh, itu rahsia aku. aku taknak share dengan orang lain. hehe :p

Saturday, March 19, 2011

the chronicles of ameen hakim,

1.

*mind my stupid laughing voice. i laugh like mad cow sorry.

2.

*kalau bisa gwe mau lou botak sebijik macam owner kedai air kelapa tu. mentang mentang jual kelapa, kepala pun macam kelapa. brrr.

3.

yeap, that's practically what we do whenever we meet.
tak kisah apa orang nak cakap pasal kitorang, at least we're being ourselves.
(i can be myself when im with him, thats the best part about this relationship)
see, he never fails to make me laugh. thats why i love him :')



Dear, Ameen Hakim . HAPPY 21st BIRTHDAY! yesss, i tau, im not the first person to wish u. tapi apa apa la. yang penting, u sihat walafiat and happy always with your beloved family and friends. i tak mampu nak belikan integra type r vtec yang u mintak tu. nak beli yang mainan pun belum tentu lepas. apa yang i boleh bagi is just doakan kebahagiaan u, kesihatan u. yang lain serah kan pada Allah. let Him do the rest. u're finally 21, dah big boy dah. no more hanky panky, tapi kalau nak hanky panky jangan lupa ajak i hehe. take good care of yourself whenever im not around u. pandai pandai jaga diri ok. apa apa pun, thank you for being there for me, through ups and downs, through thick and thin, for better or worse. u're the best (after my dad), hands down. i love u, enough said :') have a wonderful birthday b.

p/s : gambar u membesar takde. daripada baby terus panjang lonjong gitu hehe. yang penting, hairstyle setiap bulan tukar! HAHA :* lefchu! :)

Friday, March 18, 2011

shake ya bon bon,

ok ok sue me for not having the time to at least update something here.
sorry lah aku memang kelam kabut sekarang.
nak nak pulak review lagi berapa hari je (khamis minggu depan)
lepastu done done la storyboard aku kena buat all over again T.T
i feel so stressed right now, nak panjat klcc lepastu terjun -,-
idea idea idea!

tapi mujur lah aku sekarang dah ada kawan baru, housemate baru.
paling comel, paling molek, paling kurus, paling putih, paling hensem.
nama dia BonBon :)

lilo bought him for 35 bucks.
the cutest creature on earth mannn cannot tahan!
rasa macam nak gigit gigit kunyah kunyah macam chewing gum!

CUTE KAAAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNNN?????
menangis aku tengok kecomelan BonBon!
umur baru setahun jagung.
dua bulan, sebabtu besar taik gigi je.
alololo gasak la kau dah dapat housemate macam kitorang, memang kena buli je laa.
haha no no no! aku buli cara baik, AKU TAK DERA!

hehe confession #1, sebenarnya aku gelidengan benda benda macamni tapi taktau kenapa, bila ada BonBon, aku dah tak takut lagi. (haha kantoi takut sebenarnya, bukan geli)
tapi sekarang dah berani, siap biar dia bersiar siar atas kaki, tangan, kadang kadang cium dia walaupun bau dia boleh keguguran tahi hidung.
tapi SUMPAH SAYANG BONBON!

sekarang raji dah ada pesaing pengunyah kuaci iaitu BonBon.
raji dah tak boleh makan sorang sorang, KENA SHARE dengan BonBon.
HAHA! -________-" <---- muka raji :p
omey nyeww BonBon. we love u b :)

so sekarang agak agak kepala dah gila dok stay up buat assignment, kitorang lepaskan BonBon kat rumah pastu tengok bontot dia doyang doyang.
haha (bunyi macam pervert je -,-)

walaupun sebenarnya orang yang rajin layan BonBon hanyalah lilo, mardhiah dan aku,
tapi aku dapat jamin yang dia tau semua orang sayang dia kat rumah tu (KECUALI IFFA!)

note to iffa : KAU BULI BONBON LAGI, AKU BULI BONTOT KAU PULAK! -_-

LOVE YOU BON! :)


p/s : sesiapa yang pegy bieber, bruno mars, please exit from my blog, cause I HETCHU! >:( hehe

Friday, March 4, 2011

february story,

bhhaaaa! kejuk ke??? haa lama kan aku tak update?
MALAS! tapi sayang kat belog safarafa safari aku ni.
dah lama aku berkecimpung dalam dunia belog ni (padahal masa form 5 baru tau blogspot tu apa, pfft!), makin hari makin malas.
but i write histories here.
so nanti andai kata la aku dah takde kat bumi ni (mana la tau aku melawat planet marikh ke kan), boleh la mak ayah ingat ingat kat aku, kawan kawan tak lupa kat aku.
ok ayat emo tetiba pehal doee? -,-

things i love about february.
i had fun with my friends, housemates actually.
rumah sewa makcik zah makin hari makin best sebab dah beli tong gas!
so kitorang start masak memasak balik! :D

haa, tengok la hasil nukilan aku yang gah ni.
apa? korang ingat aku ke yang masak nasi goreng tu?memang tak ah.
aku nak tunjuk korang yang kentang tu aku yang potong.
tapi raji yang goreng -____________-"
(tapi hiasan tu hasil titik peluh aku ok titik!)

korang pernah tak makan benda ni?

dulu masa kecik aku selalu beli kat bai roti.
orang tahan motor tu beli roti, aku tahan motor tu beli popcorn durian ni dengan keropok roro warna hijau.
awww! gemar beno aku ngan benda ni.
terima kasih zhee syim j bakar sebab belikan sepelastik ni.
satu pack doposen je. gehh aku makan keropok murah.

but here's the real thanggg!

AKU DAPAT MAKAN DURIAN!
walaupun bukan musim, tapi puas beb! sumpah lomak gila!
impian aku nak makan tepi jalan atas lori sambil duduk macam apek kalah judi tak kesampaian.
tapi cukup la aku dapat menyelam dalam kenikmatan durian apa entah nama dia.

sebenarnya aku bukan hantu durian.
makan pun selalu 2 3 ulas je.
tak boleh tahan wo, boleh gugur bulu hidung dok hidu bau dia.
tapi entah apesal selera kuda tiba tiba mintak durian time time bulan februari. gila.

lepastu aku banyak jumpa botak head yang tak berapa nak botak head dah sekarang.
sedihh rambut dia dah tumbuh sedikit demi sedikit. tak seksi bebihh!
tapi terharu sebab dia bela misai semata mata sebab aku teringin nak tengok dia ber"moustache" ahaks ahaks!

muka tempah tangan, mekaseh!

tapi satu haribulan mac haritu aku di kejutkan dengan kejutan tapi aku buat buat terkejut je.
taktau kenapa botak head baik sangat haritu, mimpi dapat jumpa maria ozawa kot -..-
dia belikan kita jam tau awak :')

geh geh geh. jam ni kita dah lama nak. tapi kita diam je taknak bagitau dia.
tapi dia tau jugak.

sebenar nya setiap hari aku complain jam casio kuning aku dah patah dan aku perlukan jam baru.
lepastu aku suka cerita cerita sedih bahawa aku asyik ikat perut sebab nak save duit beli jam baru padahal aku kat melaka ni melantak macam badak.
dia pun naik menyampah kot dengar aku cerita benda yang sama setiap hari.
hehe terima kasih botak head, sayang awak! :)
(SUMPAH AKU TAK MINTAK OK!)

but thats my happy face. so so so glad that he's mine, eventhough its not 'official'.
(tengok muka botak head menyampah aku gedik senyum kambing lepas dapat jam ohok ohok)
bulan yang agak seronok la.

tapi ada jugak yang tak seronok tentang bulan ni.
contoh ;

aku tak spend time dengan diorang :(
aku dah lama tak gossip dengan diorang walaupun sebenar nya aku laa yang selalu nasihat kat diorang tak elok mengumpat ngumpat ni HAHA YEAH RIGHT! :p
whatever it is, need to find some time for them!
I MISS U GIRLS! :'(

dan baru baru ni, we had our so called major "pre-review".

almost the whole class FAILED! HAHA!
rasa nya yang passed pun 4 orang je kot.
kinda bumped out tapi bila tengok ramai gila yang failed rasa kelakar pun ada.
haha next week ada lagi "pre-review".
please doakan aku pass k please please :)

actually "pre-review" ni hanyalah persiapan untuk review trip ke ayer keroh march 24th ni.
nanti part 6 students of graphic department uitm melaka akan berjumpa dengan palajar graphic uitm perak, terengganu dan kedah wehh!
4 campus bergabung! kitorang jadi tuan rumah! :O
tak sabar atau cuak???

so please pray that my work will be done in time.
good luck to all! we can do this people! :)
ok designers, lets do it!
POYO! k bye.

p/s : lagi berapa hari je birthday botak head nak menjelang. any idea nak bagi apa???? HAIYO! clueless gilaaa! :(