Followers

Thursday, December 16, 2010

kalau ye pun,

pandai zee dan nurul hidangan buat surprise untuk aku.
malam kelmarin ambik zee kat ktm, ingat dia sorang je,
tapi dia bawak nurul hidangan sekalii! :))
apa lagi, acara pukul pukul bantal laa! - gedik nak mampos.

esoknya sesi boroi perut.
sebelum keluar rumah mak masakkan pelbagai jenis lauk pauk antara nya ialah ketam masak lomak.
ceceh mak done done la nak test skill masak memasak kuah lomak, mentang mentang zee orang nogori :p

tak sempat teguk air terus keluar pegy melawat singa kegemaran kat sunway.
sampai sampai pyramid terus panas bontot kat Full House, permintaan zee tercapai :)
ketam tadi pun tak sempat merangkak sampai perut, kitorang dah cari benda lain nak pelahap.

tapi kitorang order yang ringan ringan je haa ni bukti, TENGOK TENGOK!
aku tak lekang la tanpa fghench fghais kegemarsss aku.
lain la macam korang kat rumah boleh goreng sendiri -.-
aku mana reti -____-''

picture marathonn! :)

import export dari rembau ni haha.

nurul hidangan kunyah sireh miahaha.

oysteghh tu mengerikan wahaha.

GO GO POWER RANGERS!
yelaa kita kita tak mampu nak beli jam mahal.

k dah berapa ribu gambar dah? apa ingat dah habis?
BELUM!

perut dah puas, kerusi pun panas.
chow pegy sopping sopping gehhehehe duit gaji dah masuk kachinggg!
semalam hari bertuah kitorang sebab tergerak hati nak masuk cotton on.

ok gurlzz chu olls nak tau takk?
i ada suka baju ni harga dia 89 ringgit malaysia ok.
i rasa macam wauu mahal nyaa!
tapi tadi baju yang i nak tu, tiba tiba jadi 39 ringgit malaysia chu olls!
TIBA TIBA!
-gedik nak mampos lagi sekali-

dah aku tak reti nak plastik.
pape pun baju tu offer jadi 39 ringgit untuk haritu je.
esok lusa baju tu jadi 89 ringgit balik. pelik kan?
aku pun menggunakan peluang yang ada, mereka berdua juga! :D

semalam juga adalah pengalaman pertama aku mencari harta karun.
harta karun apa? kedai sudah.
macam bangang jugak la nak cari kedai popmyberry.
sekalung terima kasih kepada fafa dan airil sebab bagi direction walaupun airil tak membantu sangat pun HAHA :p thanks.
bb dah pakai baju baru lagi dan earphone yang boleh memecahkan gegendang telinga aku sebelum aku tidur =.=

lepas tu datang balik pyramid pekena tuttayh fruttayhh.
bela hantu raya dalam perut ke apa kitorang? zzz

hambekk kau! selok sangat ambik banyak banyak,
kali ni kena paling mahal,

tapi share 3 ekor, worth it. puas sampai terbongkang!

dah petang centu, zee dah nak balik rembau, hidangan dah nak balik klang T.T
aku tinggal sorang :(

singgah at the mamak near my house, mee goreng tapau untuk ayahanda.
sejuk perut mak aku lahirkan anak macam aku NOT! -.-

hidangan dan muka macho nya, PEH!
kalau kau lelaki mesti aku ngorat kau.

mereka pun pulang ke rumah masing masing.
harini keluar lagi dengan taiko.
nope, bukan bapak aku, sekarang aku ada taiko baru.
update more soon. chow! :)

p/s : aku dah lupa last step untuk rubik's cube camne ni? zzz

Monday, December 13, 2010

failure tsk tsk,

walapun sudah berhari hari, harini baru la aku nak cerita.
pasal result (boringgggg menguap nguap nguappp)
gehh ramai yang taktau, result sebenar nya dah keluar lebih awal dari 10/12 merangkap hari jumaat.

hari khamis pagii tu ada la segelintir budak yang dah check.
termasuk aku. gatal gatal bukak portal, sekali lepas.
tak sanggup nak tengok, tapi tabah kan hati, tengok jugak...

bak kata nurul hidangan, result macam bhoooooooottt (macam dalam ym tu)
haihh, nak di pendekkan cerita, result jatuh, tak cium bau dekan sem ni.
semua sebab ETR300, kenapa laa kau 3 jam credit T.T
sara, jangan salah kan subject tu boleh? kau yang salah, sape suruh tak study!

tapi syukur alhamdulillah, aku lulus semua mata pelajaran.
sebodoh bodoh aku dalam subject entrepreneurship tu, cikgu tu baik hati nak bagi aku lulus walaupun aku buat business plan sendiri dalam kelas dia selama ni.
terima kasih miss geetha sebab tak repeat kan saya.
hensem kan kertas jawapan saya? sorry :/

subject lain was okayy, what u give, u get back la kan.
semester 5 aku tak dapat perform langsung (tiba tiba keluar lagu the reason - hoobastank. im not a perfect personnnn)
aku down gila masa final, so itu la apa yang aku dapat.
tapi still bersyukur, alhamdulillah lepas.

part 5, high 5!

bergambar di depan rumah sewa berlangsir orenn!

trip takde motif setiap sem.

dayy outt,

tak kira malam,

ataupun siang.

berbuka puasa bersama rakan rakan.

harijadi di rai bersama,

kehadiran kelas yang sangat memuaskan, orang lain membuta pun aku datang (tengok keadaan kelas yang sangat hambar, 6 orang je datang? tsk tskk, bois boiss)

kehadiran anak ikan peberetsss.

sesi beli barang dapur di tesco setiap minggu. semenjak duduk rumah sewa, dah macam surihani. tak tak, dah macam suri rumah.

dannn assessment final project.
terima kasih semester 5!

tik tok tik tok rasa macam baru semalam aku masuk melangkah ke menara gading.
tiba tiba terfikir, dah habis part 5, means aku dah part 6?
part6, semester terakhir? fuwaahhhh.
pejam celik pejam tak bangun bangun, dah final sem dah.

next sem akan carry subject major, takut nyahh!
lepastu subject 3D lagi, mak aihh.
2D aku pun dah tersemput semput, 3D apetah lagi.
tapiii yang paling penting, next sem dah takde ETR!

ok lepasni aku kena motivate diri sendiri.
whatever happens, study comes first.
..............................................................................
lol! i said that last sem buahahahaha.
takpe la, try la k tryy.

selalu nya memang macam ni.
tuhan nak tunjuk kita, biar kita sedar.
aku leka sangat kot. selesa sangat, semua benda ambik remeh.
semua yang naik mesti akan jatuh kan?
soo ni dah jatuh ni try naik kan balik ok sara? hee :D

ok lah babai!
uitm tetap di hatiku ngahahahahaa!

p/s : lecturer aku cerita, masa zaman dia belajar dulu dia tak pernah dapat dekan. sekarang berjaya je jadi lecturer, gempak pulak tu. respectt! :)

Sunday, December 12, 2010

my own,

bangun bangun dah pukul 12 tengah hari.
cantik nya perangai, siap terus pegy amcorp mall bayar bil.
nak taknak bayar jugak.
ingat nak bakar kedai celcom tapi pikir balik aku dah la pegy sorang sorang kang dia bakar aku pulak.

typical ayat orang celcom, bila aku tanya, jawapan dia
"ohh kalau macam tu u kena pegy celcom centre and tanya dia kat situ."
hallo im sure u guys can do something with my problem kann?
tak payah bagi alasan suruh pegy settle kat celcom centre. zzz.

pegy amcorp semulut mulut semata mata nak bayar bill.
perut sumpah lapar tapi dalam wallet ada 20 hinggit je
tiket parking dah 4 hinggit. kruukk, 16 hinggit je tinggal T.T

minyak kereta tinggal 2 bar, maka dengan itu terus pulang ke rumah dengan harapan tiba tiba atas meja ada chicken chop ke, pizza hut island supreme ke.
ewahh taste nak demand je.
tapi sayang sekali, telur ayam pun takde.

terharu dengan kakdek and sarah sebab offer nak belanja mcdonalds.
tapi dengan satu syarat, aku kena call (biasa dah tuu -..-)
benda yang buat aku gelak harini,

brader mcd : ok cik sara pesanan seterus nya,
aku : lepastu nak bubur ayam mcd kecik eh.
brader mcd : ok bubur ayam mcd kecik satu, small ke large?
aku : dah nama pun kecik, small la bang -___-'
brader mcd : ohh haa ok ok.

BRADER MCD FAILED! hahahaha

memandangkan ameen buat aku pms malam semalam, harini satu hari tak text or call.
rasa menyampah sumpah menyumpah dalam hati ni.
lepas maghrib kakdek dan sarah ajak keluar makan malam pun aku malasss takde mood (acah acah stress la kan)

tiba tiba masa dorang nak keluar, kakdek jerit,
SARAAAA, AMEEN KAT LUAR!

pastu sarah sambung,
TAPI KENAPA DIA TAKDE RAMBUT???!!!

dalam hati, aik? biar betul ameen? aku dah la gado ngan dia, asal dia nak datang? dan sejak bila pulak dia takde rambut?

terus bergegas lari ke bawah tengok, AMEEN DAH BOTAAKKK!
HAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAHAHA!

ok sumpah benda yang buat aku marah semalam tu terus hilang terus tak fikir nak merajuk nak jual mahal semua takde dah!

OHHMAIIGODD! dia botak MACAM MIKE POSNER!
now i have my own mike posner gehehehe.
tak dapat yang betul yang tipu pun jadi!
COMELLSSSS! ngehhh :p

personally aku rasa lelaki botak adalah sangat sexy.
sekarang kau dah sexy, aku kurung kau dalam rumah je laa!
jangan nak keluar keluar! HAHAHA!

dia pun balik meninggalkan aku dengan oreo mcflurry yang dia belikan macam biasaa.
lepastu terus senyum sorang sorang macam kera sumbeng ngahhhahhh! LAWOK!

no more sam bunkface.
HELLO BOTAK HEAD!

note to self : ambik gambar si botak, upload kat blog. ITS A MUST! :D

p/s : pandai kau ambik hati aku. dah buat aku marah tak tentu pasal, datang rumah bawak oreo mcflurry dengan kepala botak, terus aku ok. finee senang gila nak pujuk -____-" dah la merajuk balik.

Saturday, December 11, 2010

hidangan sarapan,

ghajin bebenor aku bangun awal harini.
ayah selok kejut aku pukui pagi gitu.
salam mak ayah, semoga selamat pegy balik.
kirim salam maktok :)

harini aku decide nak pilih lulu (macam best sangat nak main pilih pilih -..-) sebagei teman berjimba.
ingat nak breakfast sama sama sambil taichi kat taman rakyat haha!
tapi marang perapu kepundeng parang skeper aku tertido jugak bhahaha.
bangun mandi siap panas enjin zooooommmmm sampai rumah lulu pukui 1, changg!! marilah dinda kita makan aku kelaparsss.

kebetulan harini kita dua dua pakai baju sesame street yang sama kita beli masa part 2 dulu.
aww :') terasa ada kimia di antara kita lulu. hehekk.
rasa stim nak makan steamboat,

boston pun boston la, aku tengok kedai ni takde orang, dah tu fikir,
lagi senang kalau takde orang mesti dapat makanan dengan pantas, memang pantas pun!
baru order dah sampai, bagus nyaa!
ehh? memang la cepat! KITA KENA MASAK SENDIRI! hahaha.

lulu ni acah acah terer je, nak setting periuk tu pun tak reti.
aku rasa aku lagi handal masak memasak dari dia. cheitt! HAHA.

haa nampak tu, nampak? tu tangan aku tu.
fuhh berpeluh tangan aku masak benda ni.
penat aku potong bawang tumbuk cili tumis semua fuhhh.
gehh, cerita macam korang tak pernah makan steamboat je kan?
ok aku tipu, sorry terexcited -..-

macam macam benda baru aku jumpa harini.
tadi ada benda panjang panjang macam sotong kurita tu tah ape benda aku main makan je.
okayy batak.

dah telan semua benda, yang tinggal hanya lah sesayuran bergelimpangan.
aku makan sekeping je sayur lepastu blerghhhhh.
maaf dedaunan keguguran, kami tak berapa minat sangat. heheh.

jalan the jalans kat jasko tu.
ohh boleh tak aku nak cakap yang aku tak suka mesin bayar tiket kat jasko.
"please insert your parking ticket, please insert your parking ticket, please insert your paking ticket"
tekan bahasa melayu,
"sila masukkan tiket, sila masukkan jumlah wang bla bla bla"
aku paham la wehh apesal mesin kat tempat lain tak bercakap, yang aktif pulak mulot dia?
gaaahhh. tengiung ngiung suara perempuan tu dalam kepala aku.

ingat nak pegy subang lepastu, tapi tak jadi, lulu kena pegy rumah nenek nya.
wuwuw T.T tak ingin berpisah.
maka dengan itu, camwhore! -______-"


FAVORITE! (Y)

ni lagi satu perangai perempuan.
selain depan cermin, port baik ambik gambar adalah dalam kereta.
apa yang best sangat pun taktau.
lighting la kot best, kulit gelap pun boleh nampak cerah macam lisa surihani dalam iklan garnier gitu, cewaaahhh.

pukui 4 aku dah sampai rumah.
harini saya budak baik tak balik lambat lambat.
walaupun mak ayah takde tapi mak ayah saya tak suka saya keluar sampai maghrib maghrib gitu.
untung dapat mak ayah yang prihatin begini, sayang mak, sayang ayah :)
ada bulat atas kepala macam ni haa ---> O:)

rasa pelik harini pegy andalas tak singgah rumah sam bunkface.
eh salah, rumah ameen.
gehh, harini dia ada show.
eh tak tak, harini dia takde, busyyy.
sebabtu la aku balik awal sebenarnya. ghahaha.

ok lah, nak makan. kelaparsss.
berapa kali mahu makan daa wahai sara? ngehh.

bye! :)

p/s : apa itu hidangan sarapan? gahaha takde kena mengena ngan steamboat ni. aku panggil lulu hidangan sebab nama dia hidayat = hidangan. lulu pulak panggil aku sarapan sebab nama aku sara = sarapan. MELEKAT dah nama tu. sangat sesuai kan? hidangan sarapan! :DD ok crap.

Thursday, December 9, 2010

if google doesnt exist, you'll go dungu,


(klik imej di atas untuk paparan besar)

i typed "ameen nur hakim" at google search and one of the results was "sara kacak's twitter".
haha.
google macam tau tau je aku dengan ameen ada 'kimia' ngiahahahahaha!

sweet nya google :p

p/s : can imagine life without google? habis tu macam mana nak siapkan assignment? takleh nak ctrl a, ctrl c, ctrl v? baca buku? memang takk ahh :p

Wednesday, December 8, 2010

we dip, you drip,

semalam pigging out macam tak makan seminggu.
kehkehkeh.
kuda kilauan silver ameen datang terpacak depan rumah pukul 12.
so much for "kita keluar pukul 11." BLAHH! haha.

melulu terus ke sunway pyramid.
mula la pergaulan membosankan di mana masing masing mengemukakan soalan "nak makan mana?" dan feedback nya ialah "ikut lah mana mana pun boleh."
ada ke restoran nama ikut lah mana mana pun boleh?
panjang nya nama restoran ni. zzz

yang bermasalah sebenarnya si perempuan ni haa (aku la siapa lagi)
memilih sangat, takmau makanan laju (fast food)
tapi still tak mahu yang beriye riye sangat ala ala tony roma's bagai.
credit card platinum aku dah transform jadi kuprum (cerita gempak macam ada credit card je -.-)

pilihan terakhir adalah ayam yang dah kena penyek tu.
pinggan dua dua licin, tapi aku paling licin.
nampak sangat kebulur HAHA.
ameen belanjaaaa, kena la memanfaatkan nya ngeheheeheh :))
siap highlight kasi bold lagi! :p :p

dengan perut kenyang ni kitorang masuk kedai gulagula depan kedai buah tu dan hadap semua tester yang di hidangkan.
lantak la apa dorang nak cakap, siapa suruh buat tester?
ohh aku dapat cola gummy bears! hee :D

was suppose to go to sjmc after that.
ohh jap, sekarang ni bukan subang jaya medical cantre kan?
sekarang nama dia sime darby medical centre kan?
so technically nama dia sdmc la kan?
ok banyak nya kan. kan? pffft.

sepatut nya pegy visit abang zarul yang baru je operate appendix dia.
tapi kakak nora cakap ramai sangat tengah visit masatu.
tak jadi la pegy. hence, more time to lepakkk! :D

hence, CHOCOLATE CHIP COOKIE DOUGH ICE CREAM!
hehe mengidam since kelmarin, dapat dah.
sanggup ditch tutti frutti for BR ice cream ni hihi ♥

ini gambar ke berapa belas entah sorry lahh kalau kami syiok sendiri alahh, macam laa korang tak pernah buat :p

perut keras, muka puas.
lepastu cari lagi tempat mana lagi nak terjah.
pyramid suddenly so packed, ramai gila orang so decided to chiao.

tapi bukan balik rumah.
pegy pappa rich pj pulakkk!
still wanna satisfy my cravings for pappa bun.
hehe :)

ameen cucuk pappa bun aku so dia jadi leperrr :(
ohh dan juga sago with banana kegemarsss mmmhmmmss :D

cakap banyak banyak, gelak puas puas.
ketuk meja pakai chopstick acah acah rockstar tengah main drum.
maaf kitorang memang suka memekak.
hiahh aku rasa nak lempang muka ameen laju laju sebab dia buat aku gelak sampai terkentut kentut.
adehh ok dah boleh apply raja lawak dah -,-

lepas dah kenyang sampai nak terburai, masing masing buat muka nak terberak.
so keputusan nya, balik la rumah.
hehe :)

ultimate fun, thank YOU for everything.
PERFECTO! :)
dah tu takpayah la buat muka blur! -_______-"
well that's yesterday! byes.

p/s : balik balik ayah belikan nasi kerabu for dinner. after maghrib pegy visit abang zarul ada dominos pizza. balik dari hospital ayah belikan burger daging pulak. ayah, satu je sara nak tanya. MENGAPA?? huhu.

Monday, December 6, 2010

likes this (Y),

ok atok atok nenek nenek.
scratch that.
ok kakak kakak adik adik.
harini kita belajar memasak bersama adik manis (manis keeee hahahahah!) Sara Kacak! :D
ting tang ting tang alexander!

perut comel berlakon lapar padahal baru mencekik capati. hiah hiah.
korek korek freezer, ais krim takde T.T
aku mahukan yang manis maniss!
bukak fridge. ding ding ding, yogurt (angkat kening laju laju - ANGKAT CEPAT!)

yogurt semata mata? BOSAN!
so sila salin resipi tersendiri sara kacak ni ye kakak kakak adik adik.

satu cup yogurt strawberry. brand nestle (fat free peberet aku sebab dia macam sedap sedap je. tak lemak sangat tak manis sangat. nicee.)
satu batang pisang. potong dadu dadu (aku memang expert benda dadu dadu ni)
3 tiga ketul famous amos chocolate chip cookies di cebis cebis kan menjadi chunky (ikut suka hengkorang la nak letak berapa banyak tapi jangan banyak sangat sampai hilang khasiat yogurt tu! -.-)


HAHA! masak pebende ni? ni bukan memasak!
ni nama nya main leburrr je!
apa lagi? boh semua dalam satu mangkuk.
cuba korang try. sumpah sedap.

manis manis pisang tu masuk gila ngan rasa yogurt tu.
pastu cookies tu buat dia macam crunchy so bila korang makan bunyi kraakk kruukk kraakk kruukk.
takde la lembikkk je.
sedapp wehh! TRY! TRY!
walllllaaaaahhh ! my version of tutti frutti! HAHA! pffft lifeless.

enough with this.

what im liking- period ;

- 10 songs repeating in my playlist - currently :
#01 Deuces - Chris Brown. (but mostly bila layan, tukar her to him, girl to boy, women to men :p)
#02 One In A Million - Ne-Yo.
#03 Bagaikan Bidadari - Tomok. (GAAAHHH aku suka tomok sekarang, kenapa kenapa? huhu)
#04 Grenade - Bruno Mars.
#05 I Hate Everything About You - Three Days Grace.
#06 Broken - Sezairi Sezali. (thanks kakyai!)
#07 Points Of Authority - Linkin Park.
#08 Everybody - Ingrid Michaelson.
#09 Please Don't Go - Mike Posner. (still cant get enough man)
#10 Bass Down Low - The Cataracs feat Dev.

- Herbal Essence "Smooth Lovin'". LOVE-innnnnn the smell :)

- my tutti frutti creation. seriously gonna buy moreeee yogurt hehe.

- TOMOK! sumpah aku tak tipu, aku serious.

- A&W curly friesss!

- KAMPAI! pineapple flava pleasee :)

- sekarang most of the time suka pakai tshirt kosong lepastu pakai boyfriend shirt kat luar, buat macam cardigan centu. dah jarang pakai one piece sekarang. suka sangat pakai dua lapis, kadang kadang sweater pun jadi - walaupun pagi. hence, need more boyfie t and sweater miahaha.

- suka sangat mandi waktu maghrib. tak elok eh?


- selain pokka green tea kegemarsssku, aku sukaa pokka melon milk. sedaaaap! :)

- right now lebih prefer twitter daripada facebook. tak rasa ke facebook dah macam hambarrr, tapi still nak bukak berlegar legar menyemak kat situ lagi.

- monkeys! ♥

- i blogged about this before but sekarang setiap malam tengok chowder lepastu gelak sorang sorang sampai chu tak boleh tido. sorry :/ CARTOON NETWORK ROCKS! :D

done :)
ok la bye.

p/s : semalam aku mimpi rumah aku kena rompak. tapi perompak tu curi french fries je. MOTIFF?? kruukk kruukk.