Followers

Wednesday, February 2, 2011

catch up, bukan ketchup,

lagi sekali, botak head memang suka buat kejutan ala ala eric leong gitu.
dia ingat best kot tengok muka kepam aku tak mandi dengan tahik mata bertenggek kat celah bulu mata unta aku ni.
tengah syok di buai mimpi, di kejutkan dengan intro lagu escape me.
"u i kat depan rumah u. keluar la." haa!! kejuk ke??
NICE -_____________________-"

sementara tunggu aku mandi, mak jemput botak head masuk sebab panas kat luar, kata nya.
macam la datang naik basikal -,- kadang kadang rasa macam mak lebih manja kan botak head dari aku, jeles T.T

haha cerita nya cakap nak breakfast.
breakfast la sangat, lunch terus.
harini hari apa? rabu?
wednesday is meatball marinara day! subway jop!

jemput makan, makan dulu ya? :)

GAMBAR MAKANAN! nananana :D
any kind of sandwich, kalau takde lettuce, tomato dan cili bangla di kerumuni sos cili dan thousand island, TAK COMPLETE!
air dari mulut mengalir sambil hidung kembang kuncup tak?
sila buat muka macamni ---> -..-

ohok ohok sho chomelsss! tumbok kang! -,-

10 minutes after buahaha.
pirana terlepas. burp.

cakap banyak banyak, gelak dekah dekah.
sedar tak sedar dah nak pukul 2.
botak head pulak ada kelas pukul 3.
buang tebi raya raya cina pun ada kelas. kruukk.

tapi dapat catch things up with him sekejap pun cukup.
mekashih yea mas, datang semata mata nak lunch sama sama. haha.
maigod, so grateful to have someone like him! :3
alhamdulillah. k bye!

p/s : botak head, Y U NO BOTAK HEAD NEMORE?! :(

mischu, lefchu,

ok, dah tunaikan kewajiban anda sebagai seorang wanita?
ye lah, aku wanita. aku perasan je nak jadi kacak. takleh? hmmphh.
kewajiban apa? hoii, bukan perempuan la kalau taktau sekarang tengah banyak sale.
(aku baru tau semalam, so perempuan ke tak tu? -__________-")

memandangkan aku pegy klcc celebrate birthday taiko tempoh hari, nampak banyak killer (giler) signboard SEASON CLEARANCE!
air dari mulut mengalir sambil hidung kembang kuncup.
promoter dalam tu tengok pun tiba tiba rasa macam nak tutup kedai.
seghiau tengok muka aku.

and guess what?
mak and i did some therapy yesterday! :D :D
actually, i did, mak menjadi penaja utama je.
mekashih yea mak :)

suka sebenarnya jalan dengan mak aku ni sebab aku boleh bawak dia masuk macam macam kedai, lepastu suruh dia try macam macam baju, lepastu bila dia nampak cantik, dia bukan beli untuk dia, dia beli untuk aku. ngeeeee.
EHEKKK! cute kan mak? :)
lefchu mak! ♥ !

ohh baidewei, hello bulan februari! bye januari.
rindu kelas! eh? biar betul?
YUP! rindu studio sessions with mah classmatesszz.
benda yang paling paling aku suka buat ialah storyboard.
entah kenapa, seronok kot.
setiap subject kalau ada storyboard mesti kusyuk busyuk.
(nampak tak buku latihan Assunta? ASSUNTA SPIRIT ALIVE!)

azrin cakap - "bangga aku ada sorang kawan aku pandai lukis. alhamdulillah."
nak banding dengan kau memang la aku lagi pandai lukis :p :p


HAHA! sambil lukis, sambil ketak ketuk ketak ketuk, dah macam hamster.
yang kiri of course raji gopal (hamtaro) punya, yang kanan aku punya.
ok masih belum master dalam acara pemakanan kuaci.
sumpah aku makan lembab gila, dah la guna dua tangan T.T

takde makanan menarik nak letak, kuaci pun jadi? betul betul ketandusan gambar makanan ke apa?

GRAPHIC MARKER AKU SATU BATANG HILANG! DAN AKU SANGAT MARAH! >:(
ok dah tu je nak cakap.
mahal tau nggak????



aku taktau macam mana cikgu azian boleh tahan dapat class macamni.
sebab tersendawa kuat dalam kelas, cikgu azian cakap aku macam Fiona dalam Shrek.
PETAK GILA MUKA AKU! -_______________-"

its okay to play with your food once in a while :)
cantik tak aku tocang gula gula aku? ehek ehek.
favourite colour! ♥ !

lama dah takde class macamni.
selalu datang studio proceed kerja lepastu balik.
hmmph, tu la kot suasana semester 6.

ohh did i tell u yang kitorang dah mula jatuh cinta dengan emerald green slurpee from 7E?
lepas kelas? tengah hari? lepas makan malam?
bring it on! brain freeze? apedehal! :D

hehe mischu girlss and niesha too :(
saje upload, terasa kelakar, muka azrin - priceless. HAHA! :p

I LOOK LIKE MAK!!!!!!!!!!!! :)
ayah cakap mak cantik, nanti dah besar nak jadi cantik macam mak jugak.
ehee dah ada rupa dahh :D
ohh bukan bukan, aku belum rabun lagi, spek tu pelakon tambahan je.

and last but not least, aku sangat marah dekat perempuan ni sebab cuti seminggu ni aku tak dapat lepak dengan dia sebab dia SAYANG sangat kat melaka agak nya.
HETCHU HETCHU! :(
marah tanda sayang, i balik jumaat ni jumpa u k?
ok lah, lefchu! ♥ !

hihi i should be sleeping now.
esok nak breakfast dengan botak head! :)
k bye!

p/s : motif gambar ni semua? sebenarnya, i was cleaning my bb sebab dah banyak sangat gambar. so sekarang semua dah transfer, saje upload! :p more space for february picturessss! :)

Monday, January 31, 2011

wilayah strawberi,




this is totally random.
kalau korang tak banyak masa tak payah tengok sebab sumpah akan buang masa :p

one fine night pegy mamak minum teh tarik sambil buat bising mentang mentang takde orang.
macamtu lah hidup aku dengan housemates kesayangan, kecoh mak indon :)

hohohh by the way contestant kedua, Nadia, kalah tanpa bertanding sebab terlalu busy bergayut, maka dengan itu pemenang nya tak lain tak bukan Sara Aqilah la wahahaha!
aku memang di lahirkan terer dan hensem, aku lah SSSSSSSSSSARA!
abai kan iklan minuman nutrisi raji gopal -____-"

somehow this video made me realize yang aku dah nak habis diploma beberapa bulan lagi (insyaallah)
sebab lagu wilayah strawberi - the times ni kira macam "everyday song" kitorang masa part 1.
so bila nyanyi balik rasa terus ada flashback kat otak macam mana kitorang selalu mandi hujan, lepak kat tangga, duduk kat tasik main gitar, buli iza (mafia) dan kak teha senior paling best masatu :')

dan lulu, sila jangan lupa lirik. mekasih! :)
k bye!

p/s : hehe ok sumpah mengarut :p

Saturday, January 29, 2011

saturday, sunday, fun day,

ingat cuti ni nak bayar balik semua hutang tido aku yang tertunggak.
tapi first day cuti dah kena bangun awal T.T
tapi takpe, demi familia tercinta, sanggup :)) *senyum paksa*

semalam birthday ayah, merangkap taiko utama dalam hidup aku.
tapi harini baru sempat nak celebrate sama sama.
kalau bukan KLCC, bukan ayah aku la.
kalau bagi pilihan - aku atau KLCC, dia pilih KLCC dowwwwwwww! heh.

tempat kegemaran dia nak makan puas puas.
chilis punya portion banyak, di jamin kenyang sampai terkentut kentut.
sempena birthday dia yang ke berapa entah (sebab aku tanya birthday yang ke berapa? jawapan dia, 'itu rahsia' =.=), ayah kena jaga perut sexy dia, makan salad je pak? huhu.
nanti tak sexy bebihh! :8)

anaks anaks dara, kakaks kakaks i chu olls.
dan sarah bertudung pink gula gula kapasss hehehh.

ni haa budak nakal tak reti duduk diam.
dah la makan banyak, semangkuk spaghetti bedal sorang sorang lepastu kebas aku punya ayam, mak punya jagung, dengan french fries.
huahuahua, nasib baik kau comel sofieya kalau tak aku jual kat bangla kutip tin :)

birthday boi! HAPPY BIRTHDAY TAIKO!
tua dah ayah aku ni, perut pun makin comel.
tua tua pun jiwa mu tetap rock steady. i love u ayah! :D

lepastu kelam kabut cari present untuk ayah.
Plan A nak belikan baju, tapi ayah punya almari tu sama je macam almari aku, sampai nak termuntah muntah.
Plan B nak beli kan belt atau wallet tapi sumpah takde mood gila nak survey or cari, lagi lagi kat KLCC???!! memang tak dapat la jep!
so tukar ke Plan C yang tak di plan pun, perfume body shop.
now ayah smell like botak head sebab aku pilih perfume yang sama botak head beli haritu -..- haha

salah langkah masuk marks and spencer sebab aku suka semua makanan dia T.T

mengimbau kembali kenangan lama masa sekolah dulu ayah selalu beli gula gula ni.
hehe SUKA! sebab dia besar and very juicy lepastu gula gula ni ada gambar buah yang sangat comelsss!
kesian jadi ayah, birthday dia pun, dia yang kena keluar duit untuk aku -,-
thanks anywaysss.

♥ mai familia! :)
k bye!

p/s : cuti seminggu wehh, aku taknak lepak! duit takdak!

Friday, January 28, 2011

dah ada mood, dah ada moooooooood,

dah lama takde gambar makanans kan?

HAMBEK KAU NASI LEMAK!
kalau dah nama nya orang melayu, orang melayu jugakk.
dah lama tak makan, sangap.
harini sebelum balik pj dapat telan satu pinggan.

pukul 9 pagi aku bangun dengan megah nya. sebab apa?
SEBAB NAK BALIK PJ! YESSS LAHHH! :D
sebelum berambus, patahcepat (breakfast) kat kelemak, hotspot untuk budak uitm lendu hohok.

hehe semenjak dua menjak tiga menjak kereta beliau accident, labab selalu ikut aku balik.
mak dia pun dah pesan tolong tengok tengok kan dia, alololo.
masa aku susah dia banyak tolong aku so skang biar aku pulak balas budi baik dia.
dah macam abang aku dah labab ni, walaupun sebaya :)

dalam pada tak lapar, ada jugak dua keping roti canai dia bedal tadi.
tu tak lapar, kalau lapar? zzz -____________-"

tengok raji makan, sho cute macam hamtaro!
raji co pilot aku untuk harini.
selalu nya hidangan, harini raji gopal pulak sebab hidangan dah di berhentikan 24 jam.
hmmph! *merajuk-dengan-harapan-hidangan-pujuk*

tapi lepas dah telan nasi lemak, korang tau tau la apa jadi, NGANTUK!
memandangkan labab drifter terhebat, sila lah jadi driver untuk harini.
huahuahua aku dah macam mam besar duduk belakang tidur terbongkang.
ahucks! :D

hantar labab sampai hentian serdang sahaja.
hee thanks tolong drive kan harini, lagi lagi tadi hujan lebat, nafsu tidur mendidih didih.
tiba tiba labab bagi ni, alolololooooo :)

upah sebab tumpangkan dia?
padahal dia yang bawak kereta, hoho thanksss labab! :D

my journey continues, next stop, andalas.
rumah hidangan, hantar ikan laga dia.
mentang mentang dia dah di berhentikan sebagai co pilot, tumpang kan ikan dia dua ketul pun jadi! -..- hahah (aku gelak tak ikhlas sebab aku merajuk dengan kau k bye)

lepastu ke dobi raji, tumpang erk erkk sebab perut gendut buat hal.
huhu sorry pakcik meninggal kan khazanah yang tak sepatut nya.
tapi best, sebab kau buang banyak mana pun, toilet tetap bau softlan!! MEOW! :D

ajak raji temaning pegy jasko high hill berdekatan sementara tunggu botak head habis semayang jumaat.
did some therapy for myself since aku dah lama gila tak membeli belah.
harini dapat hangkut 4 keping baju, PUAS! :O

botak head pun datang dan terus menjalani hidup aku sebagai seorang pengganas chicken chop di black crayon. salah, black canyon.

harini, aku telah merealisasikan satu daripada resolusi (tak berapa nak resolusi sangat la) aku untuk 2011, iaitu untuk belikan botak head kasut futsal idaman dia.
hahh dapat pun aku beli!
kesian sangat tengok dia main futsal guna puma tempo dia.

nahh adidas top sala x idaman awak.
kalau tak dulu asyik keluar masuk kedai try sarung je, harini saya belikan, kalau main kalah jugak taktau nak cakap apa :p
sorry yang kuning takde size, yang oren mak long ni pun boleh kan? :)

Happy... err sebenar nya takde special occasion pape pun.
tak semesti nya kena tunggu birthday baru nak belikan.
Happy Monthsary la, tapi yang ke berapa ek? ohok ohok!

lepastu nampak ghebbit besarrrr comel gilss!
suruh raji tangkap kan gambar dengan ghebbit tu tapi ghebbit nya tak nampak pun.
tak guna punya raji, aku berhentikan kau jugak kang! hehe

kalau korang ada 300 ringgit, tak payah la pakai seat belt (aku takde)
hantar raji balik dobi mak ayah dia.
talked for 10+ mins with botak head before aku balik pj.
bye bye both of ya :)

on the way back boring nak mamps sebab jam gila bapak.
dah la sorang sorang, nyanyi macam orang gilak.

bosan kan bosan kan bosan kan??
cepat la cipta kereta terbanggg.

by the way, HAPPY HOLIDAYYY! (Y)
seminggu cuti ni, manfaat kan la aite.
jangan lupa angpau untuk wa!
tak dapat angpau, dapat limau sekotak pun wa layan!

sekarang tengah layan katil, dah lama tak lepak sama sama.
aimisyu katil! rumah manis rumah :)
k bye.

p/s : most of my resolution in 2011 dah banyak aku buat. antara nya ialah menjadi anak yang baik untuk mak ayah. haritu ayah call tapi masatu aku dalam kelas. so aku tak angkat. lepas kelas aku call ayah balik. aku CALL, bukan misscall macam tahun tahun sebelum ni. baik kan baik kan? hee :D

Monday, January 24, 2011

recap,

quick recap (not so quick ayy?) on things i've been doing this past few days ;

memandangkan botak head nak cari duit belanja lebih, dia sekarang bertungkus lumus untuk berniaga air aneka perisa kat depan sekolah depan rumah dia.
bukak gerai pun depan rumah, sama dengan depan sekolah. zzz.

aku sebagai teman perempuan spe-sial tak sah la kalau tak bagi moral support kan?
sooo i came all the way from melaka to support him.
tolong tu tolong la jugak, tolong tengok pun tolong mehh? hehe :p

malam tu aku follow botak head pegy futsal.
lagi sekali, moral support sahaja, tolong tengok dari luar jaring cukup.
aku di temani kak syakira (kakak ipar botak head), sebab abang amir (abang botak head) pun ada game malam tu.
sementara the boys berpeluh peluh main bola, the girls berpeluh peluh borak pasal hal rumah tangga?? HAHA! nahhh, aku dengar je, nak cerita, tangga pun takde apetah lagi nak ada rumah -..-

the next day, went to azrin's house and jumpa ayang.
extremely LATE lunch with them at ikea.
apa lagi kalau bukan meatballs dan daim cake? nghehehe :)

teddy bear bergerak aku!!! :D

dan tulang rusuk bergerak akuuu!!! :p

muka kenyang? nanananana ;)

ok enough dengan gambar mengkarut.

next was niesha's house.
tuan rumah takde kat rumah tapi selambe masuk buat macam rumah sendiri haha.
pukul 6 gerak senawang for Pilih Kasih.

mind our buruk faces lahh, masing masing penat kot masatu =.=
the show dah habis pun kitorang kena stay back.
antara yang last jugak la ada kat bangunan rtm tu hewww.

gerak from senawang puku 12 malam.
singgah kayu nasi kandar near niesha's house for supper.
sleepover kat rumah niehsa, kong-ed sampai pukul 10 pagi woohoo.

last but not least, jumpa botak head sebelum balik melaka balik.
gegegege.

sampai melaka had dinner with housematess + lababullah.
what a great way to spend my weekends kan?
dapat jumpa yang tersayangsss hehe.
next week nak jumpa mak ayah pulak!
RINDUU! tak sabauu! k bye!

p/s : tak best nya dah takde update pasal makanans! :(

Friday, January 21, 2011

i feel educated and all,

korang tau tak ada planet nama Ceres dan Eris?
taktau? AKU PUN TAKTAU! (kalau korang tau buat buat taktau je la, nanti nampak sangat aku bongok sains -..-)
tapi sekarang dah tau dah.
sebab haritu aku pegy Melaka Planetarium k!

gahaha out of all places, kenapa planetarium? GILO!
tak tak, aku dengan raji teman mardhiah buat research.
boleh gain knowledge jugak datang sana walaupun tak berapa nak best pun.

bayang kan, satu planetarium yang bagak besar tu kitorang 3 orang je yang ada.
kruukk, rasa macam nak kerja kat sana pun ada.
boleh goyang kaki sebab takde siapa datang pun.
yang kita 3 ekor ni pun nasib nasib je sampai kat situ.
kalau tak sebab mardhiah aku tak terfikir pun nak pegy. zzz.

sejujurnya aku bangga aku dah jejak kat sini.
kalau tak asyik pegy bowling kat depan tu je.
planetarium tu nampak tak nampak je. gehh.

kat terowong ni boleh dengar bunyi bunyi kat planet lain.
seram macam bunyi alien pun ada.
(kesian mardhiah kena jadi photographer gegege.)

replika rocket kot entah aku main naik je.
tapi tak bergerak pun???

ok semua benda yang dorang buat replika ni semua tak bergerak.
TAK BOLEH BLAH! -____________-"
korang simpan bagi anak anak main kat rumah je la.

planetarium tu agak boring sebab tak banyak benda pun.
patut la masuk pun 5 ringgit dengan 3D show.
haa cakap pasal 3D show, THE BEST EXPERIENCE EVERRR!
heh sumpah batak.

nampak tak bertapa besar nya auditorium ni
KITORANG 3 EKOR JE YANG TERHEGEH HEGEH KAT SITU!
HAHA! kesian la tak mendapat sambutan.
tapi show tu agak menarik sampai kitorang terjerit cirit.
rasa macam tengah terbang kat angkasa pun ada :)

the show ended akhirnya.
best sebab the effects agak menarik.
tapi seram sebab kita 3 ekor je yang ada masa tu.
dah la gelap, kot kot tetiba alien datang turun dari screen tu kang zzz -..-

kalau pegy ramai ramai lagi best kot.
tapi seronok jugak luangkan masa dengan mardhiah ni, bukan selalu.
thanks sebab ajak aku pegy tempat yang tak pernah aku terfikir pun nak pegy. gehehehe.

heyy k la nak mandi nak siap.
minggu ni ikut niesha pegy Pilih Kasih kat RTM senawang.
TAK SABAR NAK JUMPA GUNDIKS!
k bye!

p/s : banyak nya benda nak updatezzzzzzzzzzz! haihh gotta find some free time mann.