MALAS! tapi sayang kat belog safarafa safari aku ni.
dah lama aku berkecimpung dalam dunia belog ni (padahal masa form 5 baru tau blogspot tu apa, pfft!), makin hari makin malas.
but i write histories here.
so nanti andai kata la aku dah takde kat bumi ni (mana la tau aku melawat planet marikh ke kan), boleh la mak ayah ingat ingat kat aku, kawan kawan tak lupa kat aku.
ok ayat emo tetiba pehal doee? -,-
things i love about february.
i had fun with my friends, housemates actually.
rumah sewa makcik zah makin hari makin best sebab dah beli tong gas!
so kitorang start masak memasak balik! :D
haa, tengok la hasil nukilan aku yang gah ni.
apa? korang ingat aku ke yang masak nasi goreng tu?memang tak ah.
aku nak tunjuk korang yang kentang tu aku yang potong.
tapi raji yang goreng -____________-"
(tapi hiasan tu hasil titik peluh aku ok titik!)
korang pernah tak makan benda ni?
dulu masa kecik aku selalu beli kat bai roti.
orang tahan motor tu beli roti, aku tahan motor tu beli popcorn durian ni dengan keropok roro warna hijau.
awww! gemar beno aku ngan benda ni.
terima kasih zhee syim j bakar sebab belikan sepelastik ni.
satu pack doposen je. gehh aku makan keropok murah.
but here's the real thanggg!
AKU DAPAT MAKAN DURIAN!
walaupun bukan musim, tapi puas beb! sumpah lomak gila!
impian aku nak makan tepi jalan atas lori sambil duduk macam apek kalah judi tak kesampaian.
tapi cukup la aku dapat menyelam dalam kenikmatan durian apa entah nama dia.
sebenarnya aku bukan hantu durian.
makan pun selalu 2 3 ulas je.
tak boleh tahan wo, boleh gugur bulu hidung dok hidu bau dia.
tapi entah apesal selera kuda tiba tiba mintak durian time time bulan februari. gila.
lepastu aku banyak jumpa botak head yang tak berapa nak botak head dah sekarang.
sedihh rambut dia dah tumbuh sedikit demi sedikit. tak seksi bebihh!
tapi terharu sebab dia bela misai semata mata sebab aku teringin nak tengok dia ber"moustache" ahaks ahaks!
muka tempah tangan, mekaseh!
tapi satu haribulan mac haritu aku di kejutkan dengan kejutan tapi aku buat buat terkejut je.
taktau kenapa botak head baik sangat haritu, mimpi dapat jumpa maria ozawa kot -..-
dia belikan kita jam tau awak :')
geh geh geh. jam ni kita dah lama nak. tapi kita diam je taknak bagitau dia.
tapi dia tau jugak.
sebenar nya setiap hari aku complain jam casio kuning aku dah patah dan aku perlukan jam baru.
lepastu aku suka cerita cerita sedih bahawa aku asyik ikat perut sebab nak save duit beli jam baru padahal aku kat melaka ni melantak macam badak.
dia pun naik menyampah kot dengar aku cerita benda yang sama setiap hari.
hehe terima kasih botak head, sayang awak! :)
(SUMPAH AKU TAK MINTAK OK!)
but thats my happy face. so so so glad that he's mine, eventhough its not 'official'.
(tengok muka botak head menyampah aku gedik senyum kambing lepas dapat jam ohok ohok)
bulan yang agak seronok la.
tapi ada jugak yang tak seronok tentang bulan ni.
contoh ;
aku tak spend time dengan diorang :(
aku dah lama tak gossip dengan diorang walaupun sebenar nya aku laa yang selalu nasihat kat diorang tak elok mengumpat ngumpat ni HAHA YEAH RIGHT! :p
whatever it is, need to find some time for them!
I MISS U GIRLS! :'(
dan baru baru ni, we had our so called major "pre-review".
almost the whole class FAILED! HAHA!
rasa nya yang passed pun 4 orang je kot.
kinda bumped out tapi bila tengok ramai gila yang failed rasa kelakar pun ada.
haha next week ada lagi "pre-review".
please doakan aku pass k please please :)
actually "pre-review" ni hanyalah persiapan untuk review trip ke ayer keroh march 24th ni.
nanti part 6 students of graphic department uitm melaka akan berjumpa dengan palajar graphic uitm perak, terengganu dan kedah wehh!
4 campus bergabung! kitorang jadi tuan rumah! :O
tak sabar atau cuak???
so please pray that my work will be done in time.
good luck to all! we can do this people! :)
ok designers, lets do it!
POYO! k bye.
p/s : lagi berapa hari je birthday botak head nak menjelang. any idea nak bagi apa???? HAIYO! clueless gilaaa! :(
1 comment:
Kentang tu potong pakai pisau lipat ke?. hahaha
Post a Comment