entah kenapa, dari dulu mulamula aku start berbelog.
bukan tak suka, kadangkadang tu dah copy, dah paste dah pun.
lepastu kruukk kruukk taktau nak tulis apa.
lepastu ctrl a, backscape.
zzz.
harini dapat tag lagi, aqilah arshad pulak.
kali ni macam rajin pulak nak buat tag ni HAHA.
terima kasih la sebab tag saya.
"once you've been tagged you're supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because I want to know about you."
#1 aku tak suka bila orang msg, "weh sarah. kau buatpe?" atau "thanks sarah, kau memang terbaik" (cehh cam poyo je ayat kan?) entah macam pantang bila orang boh H kat belakang nama aku. HAHA. sara takde H boleh? boleh, terima kasih.
#2 bila bangun pagi (pagi ke? lagi sekali buat lawak), benda first yang aku buat ialah gosok mata lepastu terus capai phone untuk check twitter dan fb macam benda tu penting sangat je.
#3 aku suka air mineral. satu hari aku boleh minum 3 botol besar sampai perut aku kembung. tak dapat air lain takpe asalkan ada air mineral.
#4 aku tak memilih bab bab makan sebab aku bedal je semua benda. tapi aku TAK SUKA kerang dengan hati. tak kisah la hati ayam hati lembu hati kinjal apa apa hati la. dorang rasa macam darah.
#5 aku seekor freak tentang gulagula. semua aku suka. tak kisah dia di perbuat dari apa, tak kisah dia lembik ke cair ke kenyal ke keras berdentum ke, semua aku suka. hacks pun aku layan.
#6 walaupun aku suka semua jenis gula gula, aku tak suka gula gula perisa oren! chupa chups orange flavor aku tak suka. mentos warna oren aku buang. skittles yang banyak banyak tu pun aku asing kan warna oren dulu. maaf kepada mangsa mangsa yang pernah share skittles dengan aku, semua kena habiskan warna oren :p
#7 aku nak tulis tapi aku rasa macam poyo pulak bila tulis tapi aku nak tulis jugak. aku hensem :) HAHA
#8 sebabkan ini nombor 8 aku ingin mengatakan bahawa aku peminat frank lampard. dan setiap kali frank keluar kat iklan astro, aku akan jerit LAMPARD! dan ayah akan buat muka ---> -____-" lempeng.
#9 walaupun aku suka bau perfume tommy girl tapi aku tetap meminati bau victoria secret pure seduction sebab dia memang meng seduce aku. fuhhh.
#10 pengakuan berani mati, aku takut akan gelap. HAHA ye hilang kacak di situ tapi aku pengecut bila rumah terlalu gelap. kalau tinggal rumah sorang sorang aku bukak semua lampu yang ada, aku bukak tv walaupun aku duduk dalam bilik. ngehh :p
#11 dalam menjalani hari hari aku setiap hari, benda yang paling aku excited ialah bila ANH telefon hehe :))
#12 aku mengalami sindrom di mana aku malas nak save number orang dalam phone. so setiap kali orang msg/call aku akan tanya, ni siapa? lepastu dorang touchinggggg. sorry :(
#13 aku tak suka warna pink. aku suka warna kuning :)
#14 aku suka sate daging (lembu) berbanding dengan sate ayam. dan aku tak pernah makan sate rusa ke, arnab ke, kinjal ke. wuwu kesian T.T
#15 setiap kali aku main guitar, aku mesti main lagu nobody's home. tak kisah la ayah pun menyampah dah dengar aku main lagu ni tapi dalam sehari aku main mesti sekali aku akan melalak lagu ni dalam bilik.
#16 aku bodoh adobe flash. dulu complain pasal adobe photoshop, sekarang aku rasa adobe photoshop tu berganda ganda lagi senang dari flash. tapi bila dapat complete kan kerja flash, mata terus terbeliak pastu jerit, FUWAAAHHHHHH hebat nyaaaaa aku boleh buattt! (padahal buat charater berjalan je -.-)
#17 baru nombor 17 ke? aku dah penat dah ni.
#18 tidak gemar ber-make-up mahupun berfesyen. belum lagi kot? :/
#19 dah terbiasa cakap kruukk kruukk. kalau suasana tiba tiba senyaaapp aku akan cakap kruukk kruukk. kalau lecturer tanya, "ok semua faham? ada soalan?" pastu budakbudak senyaaappp. lagi sekali lecturer tanya, "ada soalan tak?" aku akan cakap, kruukk kruukk. blerghhh. dah terbiasaaaaa! -.-
#20 kalau on tv, benda first yang aku tekan kat remote ialah 612, 615, 616. peberettt!
#21 aku makan banyak, aku makan banyak banyak, aku makan banyak banyak banyak. pilih antara satu. aku makan banyak banyak banyak.
#22 teringin nak jadi busker tapi suara tak sedap. HAHA.
#23 heels atau converse, i choose converse. converse atau selipa jepun, selipa jepun tetap nombor satu! :))
#24 sekarang addicted lagu one in a million by ne-yo. sampai ikut cara dia menari haha so comellll.
#25 YEAYY DAH HABISSSSSS! aminnnnn! :)
25 people to be tagged :
haa ni yang aku paling malas dalam tag tag ni, nak kena tag orang lain pulak. sesiapa yang baca ni (kalau ada orang baca la kan? kruuk kruukk) silalah buat. aku pun teringin nak tau 25 fakta tentang diri korang. happy blogging! :D
p/s : err lagi satu fakta, aku suka letak p/s kat setiap penutup entry walaupun sebenarnya aku takde benda nak cakap pun -_-
3 comments:
i love you bebeh ! ;)
yeaahh,victoria secret pure seduction is very seducingg.
qila : haha love youu too! ;p
fina : best kann? pastu rasa macam nak semburrr kat semua tempat. gaahh
Post a Comment