Followers

Thursday, December 30, 2010

perut tak kecut,

sweet nya harini kakakdek pulak belanja makan bebola daging :)
tapi sebelum keluar dia minta ayah duit sebab nak belanja aku makan haha kantoi.
tu bukan la dia belanja nama nya =.=

best buds :)

5 ketul je untuk aku harini eheh tapi kek daim tak tinggal.

10 meatballs for kakakdek, 5 for myself, salmon for sarah, almondy daim cake, mushroom soup, soft drinks and cranberry juice, ALL GONE!

and we still have some space for tuttayh fruttayh haha!
first time rasa blueberry flavor.
ngehh, it was ok, tf original tetap menjadi pujaan jantung! :)

tak kisah la gemuk ke debab ke since aku banyak sangat keluar pegy food hunting.
nak diet? memang tak lah. aku tak gemar diet diet ni.
exercise tu penting. so dance your ass off until u sweat like a pig.
at least thats what i do when i gain weight :)

esok last day lepak dengan botak head (haha haritu pun cakap yang terakhir :p)
tak tak esok janji lasttt!
sabtu dah nak balik melaka tapi satu apa pun tak pack lagi.
barang banyak tak beli, backpack pun takde lagi ni haihhh.

ohh lagi sehari then kita akan melangkah masuk ke tahun 2011!
SELAMAT TAHUN BARU SARA!!
azam baru? TAKDE! bye!

p/s : takde semangat langsung nak masuk sem baru bila dapat tahu ada kelas malam! =.=

Wednesday, December 29, 2010

peanut, chocolate, vanilla and blackberry,

hanya mengambil masa selama 25 minit untuk sampai rumah hidangan. gila?
botak head dan hidangan pun terkejut macam mana aku boleh sampai andalas pukul 11 tepat sedangkan aku keluar rumah pukul 10. 35. kruukk?
borang F1 ada? nak apply pliss.

aku teman hidangan pegy ex sekolah menengah dia, settle kan hal hal adik kembar dia.
comel je sekolah diorang ada bilik pengawas.
sekolah aku dulu mana ada (taktau la kalau ada, aku je yang taktau haha)
lepastu tiba tiba aku nak rindu sekolah padahal tu bukan sekolah aku pun =.=

jumpa phara fuad depan sekolah tu, singgah rumah botak head (aicehh kantoi aku pakai baju baru bau kedai dia belikan hehe :p)
rumah botak head depan sekolah tu je haa sekangkang kera.
best gila dulu botak head nak berak boleh balik berak kejap lepastu pegy sekolah balik??

bye bye botak head, mana nak pegy?
jasko? taknak la. habistu? subang la :)
parking kat carrefour sebab free haha kedekut tahik hidung masin camtu la.
jalan pegy subang parade for lunchie lunchie.

1 : phara fuad dan hidangan kecomelan.
2 : laporan isu semasa. hello hello i dah sampai subang parade, lokasi kini berada di resipi rahsia, roger and out!

ayam cendawan gril tu aku order tapi hidangan yang banyak makan.
mee kuah bebola daging tu hidangan order tapi aku yang banyak makan.
mee kuah tom yam ketul ketul tu phara fuad order tapi phara fuad yang banyak makan.
haha! ok tak kelakar.

muka muka ni makan kat resipi rahsia dengan harapan nak makan kek keju dorang yang nyum nyum tapi lepas dah sumbat tangki, aihh rasa loya pulak tengok kek kek yang beratur belakang cermin tu. sighh, pass.

dah makan, kita burn some calories baby, jalan pegy empire.

ni sebenar nya kawan hidangan tapi tiba tiba dah jadi kawan aku jugak hahah.
apedehal, satu malaysia. errkkk tiba tiba.

best budsss yang batak macam jalan kat new york tapi terjumpa bangla???

kalau diorang best buds, kita twinsss :D hehe.
masani ada bangla pandang aku tak puas hati, ada gambar kot.
entah pape, tumbok kang! cehh macam berani je.

excited nampak slide tinggi gila bapak.
sikit lagi nak naik tapi tengok harga 12 ringgit satu kepala.
gelongsor semata mata? tak sampai satu minit pun kau dah sampai bawah? 12 ringgit?
takpe mekasihh, aku bayar 30 ringgit pegy main kat melaka wonderland lagi bagus.
tapi macam best je slide tu, kalau datang 5 orang boleh la bayar 45. jom?

setelah hampa dengan harga slide tu, aku ajak diorang makan macaroons kat whisk ehek ehekkk :))
our choice for today, terquoise -peanut, chocolate - chocolate, white - vanilla and purple - blackberry ;

VANILLA SUMPAH SEDAPPP! kenapa aku tak pernah tau? where was i? shizzz.
but quite pricey la, satu ketul besar macam gummy yupi burger tu je dah 2 ringgit.
tapi beli 10 for 18 bucks. tak kisahhh! wekkk :p

sedap macam ketagih pun ada, nak bawak botak head datang sini nananananaaaa :)))

after all the madness at empire (kacau orang tengah ballet class, tak boleh blah!)
balik semula ke subang parade.
phara fuad sweet gila kot belikan prezzie untuk teman lelaki special (tak spe-sial macam aku) dia :')
before balik both of them shop at carrefour, barang barang untuk naik semester ni.
dah macam mak mak dah, sabun mana sabun? spray ketiak mana? spray jamban mana? haha

depan rumah phara fuaddd! hehe bye phara fuad! :)
hantar hidangan pulak. bye hidangan! :)
tak dapat jumpa botak head sebab dia dah balik unisel :(

ok la balik rumah dulu, bye korang! thanks for the day!

before i end this post!
SIBUKKK MAMAT BANGLA TAK PUAS HATI DENGAN AKU???
TUMBOK KANG! lagi sekali, cehh macam berani je.

p/s : kalau ada tabung dah lama aku pecahkan. kalau ada duit dalam bank dah lama aku keluarkan. kalau ada sugar daddy dah lama aku ketuk sampai benjol benjol. CUZ IM OFFICIALLY BROKE! OKETENGSBAI!

Tuesday, December 28, 2010

OKB, OKB, tolonggg,

went out for last minute shopping with botak head.
prolly yang terakhir sebelum aku balik melaka bandar bergeografi :(

memandangkan haritu botak head ku-ke-ce-wa sebab mid valley ramai nak matss,
harini dia berusaha jugak nak pegy lagi sekali =.=
aku sebagai penumpang hanya ikut kehendak beliau, baik kan?
aku tau aku seekor teman perempuan spe-sial (special) yang patuh muahaha.

from melaka (kampung botak head) dia terus datang rumah pin pin hallo makcikkk pakcikkk, sara ada?
ok bai mak jumpa petang nanti muah muah love u zooooooommmmmm hello middd!
haa cepat kan? hehehe.

perut buat buat lapar, ingat comel?
ok jom makan? mana? "ikut lah mana mana pun boleh".
ehh kat mid pun ada kedai nama ikut lah mana mana pun boleh jugak ke???
ingat kat pyramid je ada -_____-"

chilis pun bolehhh.
muka botak head yang menyampah tengok teman perempuan spe-sial dia ahaks!
annoying orange much? try it try it!

nampak tu ayam madu aku dengan fghench fghais aku dengan setongkol jagung aku, tak habis lagi, pinggan sebelah sana dah habis licin dia sapu, tak senonoh betul HAHA!
sedapp, burpp! waiter bill pliss.
ehh? biar la i bayar, takpe i bayar, takpe i bayar, takpe i bayar. (typical)
ok u bayar tengs! haaa. terima kasih botak head menaja makan tengah hari untuk perut yang comel lote ni hehek.

jalan the jalans for some window shopping, ingat nak cuci cuci mata je.
tapi tiba tiba botak head excited ajak pegy cotton on entah kenapa.
dia pulak excited "yang ni lawa, yang tu lawa, i suka kalau u pakai ni."
kalah perunding fesyen i nyah! hokayh, hangkut satu, eh dua, oh 3 keping?
WINDOW SHOPPING LAH SANGAT!

botak head seekor yang rakus (haa tak payah fikir lain)
minggu lepas dah hangkut 8 keping baju.
harini hangkut lagi 3 keping, add on seketul perfume?
HOI! KAU ROMPAK BANK KE BANG?
OKB! OKB! apa tu?
Orang Kaya Baruuuu! aicecehhh! :p

tengok muka botak head marah.
harini dia pissed off, menyampah dengan aku kot sebab annoying sangat hehe.
annoying harini je nanti dah balik melaka takde dah muka ni :p :p

ok, ini yang di namakan window shopping.

gehehe yang belang belang tu botak head belikan, mekaseh ye botak head, sayang jugak kau kat aku hehe :')

sampai terpetang petang jugak la kat mid then off to pj cari nombor baru untuk aku.
al maklum lah, semput kembang kempis hidung dok bayar bil haha kalau tak sampai 300 tak sah tsk tsk.
tapi malang nya nasib, tak dapat beli jugak harini.
maka dengan itu, aku masih mengguna kan nombor yang sama, period.
esok lusa takde dah nombo 017 tapi line celcom ni haha pelique.

syiok sendiri-ing, im one happppppy girllll!
walaupun macam sedih pilu resah hati gelisah, tapi happy jugakkk sebab botak head sangat darlinggg harini aww aww.
thank youu belanja mostly everything ngeheh kecuali tiket parking i bayar :p :p

ok bye!

p/s : kalau nak countdown balik uitm buat sakit hati je, baik tak payah. hee esok nak pegy mana pulak? dengan siapa lagi? jomm!

Monday, December 27, 2010

zeerafah kegemaran saya,

my feelings are all mixed up.
happy sebab dah nak start sem :)
excited sebab nak jumpa kawan kawans :D
tapi macam bapak malas nak balik melaka :/
tapi tiba tiba macam ehh cepat la sikit hari sabtu >:(
entah dah bercampur aduk macam rojak buah taman jaya sedap nak mati.

naik sem ni, will be my final sem.
insyaallah, kalau takde aral melintang, aku nak habiskan diploma ni cepat cepat.
tengok kawan kawan lain pegy fast track, tak lama lagi diorang nak habis degree dah.
best nya!!
ayah kata, nanti aku habis degree, aku boleh terus kawin.
makna nya kalau sara ambik fast track haritu, habis je sara boleh kawin ye pak?
ehehehhhhh gatai petai. kalau ada orang nak ngok! -___-"

but with all the emotions im feeling right now,
ada sedih jugak sebenarnya.
sebab next sem, kami bakal kekurangan satu ahli keluarga dalam rumah sewa, zee :(

ni yang nak bukak cerita ni.
zee merupakan salah seorang kawan kat uitm aku. kawan rapat, since part 1 kitorang close.
tapi next sem dia dah takde :(
woii korang ni aku cerita sedih ni bukan maksud dia dah takde "takde".
chill lahh belum habis cerita lagi.
dia dah takde means, dia dah tak duduk rumah tu lagi :(((

part 1, classmates.

part 2, roommates.

part 3, koko mates.

part 4, 'crime' mates ;)

part 5, housemates and still remain as roommates :)

yeap. thats how close we are.
part 1 pegy kelas sama sama.
part 2 aku start pack barang masuk bilik dia.
part 3 pegy koko sama sama.
part 4 gossip gossip dalam bilik sama sama.
part 5 pun sama jee, especially bila lulu pun join, makin kuat aa.

dengan itu, ini pesanan buat zee ;
sara tau sara banyak buat hal.
dah la suka buat bising,
pastu suka sepah kan bilik, pastu suka pasang kipas kuat kuat, pastu tak reti lipat selimut, pastu banyak cakap padahal zee dah nak tidur, pastu bising gelak gelak kat telefon, pastu suka terabur kan baju, pastu suka culik ovaltine zee :p

tapi zee sabar jee kan? hehe sabar ke zee?
minta maaf sangat sangat apa yang sara buat selama ni buat zee terasa ke, termenyampah dengan sara ke, sorryy :(
sedih nya, dah takde lepak kat ruang tamu gelak gelak.
takde dalam bilik tutup lampu cerita pasal kita suka siapa, siapa hensem, siapa gedik hahaha.
hmmph.

lepas ni even if kita dah tak serumah, please please rapat macam biasa k?
lepak sama sama, gy melaka sama sama hehehe.
i'm gonna miss u zee azma syim j bakar! :D
:(

so zee dah tak duduk rumah tu, meaning,
aku ada roommate baru.
aku ada roommate baru.
aku ada roommate baru.

next sem masuk orang baru dalam rumah tu, bukan budak AD.
tapi, masscomm *telan air liur*
dan aku lah yang bakal sebilik dengan beliau.
aww aww pestaim aku nak duduk sebilik dengan warga masscomm ni.
huhu entah boleh entah tidak.
we'll see, hopefully boleh laa masuk dengan perangai aku yang entah pape ni.

bye zee, sara dengan lulu surely gonna miss our xoxo moments. MUAHS!

p/s : ingat tak masa kita buat video 'tanpa - 6ixth sense' kat dewan kuliah? RINDU :'(

Sunday, December 26, 2010

getcho freak oun,

nak tukar phone lagi, boleh?
terasa, sebenarnya, teringin nak beli iphone 4.
nicee. tapi duit? :O

loosen it up a bit, takpe la.
gonna try my very best to buy an ipod touch 4g instead :)

tapi duit? :O

im still confuse on what line i should use.
currently using celcom postpaid dan aku nak cakap yang aku betul betul menyampah with the plan im using right now, gonna GOTTA CHANGE!
thinking of switching to digi. botak head, care to join? haha


no more postpaid for me please.
kesian mak ayah terpaksa bayar bil aku walaupun aku tak mintak tapi diorang kesian kot tengok anak dia tak kerja, so diorang terpaksa bayar.
so kena tukar, tapi duit? :O

i need a new backpack too. have to return the one im using right now to the owner.
terlupa pulak tu bukan beg aku haha sorry :p
Deuter would be nice, tapi duit? :O

graphic marker, drawing pens and pencils, layout pad, A3 file semua tu mana pegy?
HILANG? haha baru aku perasan banyak jugak alat lukis aku hilang.
satu kotak graphic marker dah 72 ringgit, satu batang pen lukis lukis dah 4 ringgit.
rasa macam kena beli baruu je, tapi duit? :O

yang pelik nya, masa dok sedap cuti keluar mencekik dengan duit gaji yang mak bagi tu,
apesal tak terfikir pun nak beli semua ni???
HAHA lagi seminggu nak naik sekolah baru terhegeh nak fikir semua ni?
pandai pandai la kau nak hidup saraa.
tapi duit? tapi duit? tapi duit? PADAN MUKA! :(

ok lahh, harini hati sakit, sakit hati.
rasa macam nak turun bawah, pegy dapur, bukak laci, ambik pisau, asah sampai tajam, cuci sampai kilat lepastu potong buah dan makan!
aku waras lagi, tak main potong potong tangan ni.

haihh im lack of idea on what to blog nowadays.
my brain is not functioning the way it should be.
bye blogspot.

p/s : angkat torch pun cara gak kan? tapi duit? :O SUDAHHHH! torch light mampu la dikk.

Friday, December 24, 2010

these people are nuts,

bukan these people are kacangs.
nuts, crazy. go figure.

botak head datang rumah bersama hidangan.
bukan makanan. hidangan itu sejenis manusia :p
dengan confident nya botak head drive melulu ke mid valley tup tup pack nak mampos nak masuk parking pun kena q sampai keluar luarrrr.

sebelum pape aku nak mengucapkan ribuan terimakasih kepada mid valley sebab kan kau penuh macam haram, aku terpaksa melawat singa sunway lagi sekali.
maigodd cant recall how many times dah aku pegy sunway pyramid cuti sem ni -___-"

A&W untuk lunch ;

1 : muka pissed off sebab sering di ganggu oleh makhluk tuhan paling botak.
2 : aku rasa aku makhluk tuhan paling seksi bila aku botak.
3 : eww terkeluar curly friess i, celah mana seksi kau? zzz.

1 : botak head nak ambik gambar dengan datin norjuma? sorry, salah orang.
2 : cawan rootbeer tu besar. tapi besar lagi tangki perut aku. hidangan pehal senyum kambing? bangga ambik gambar dengan datin norjuma? sorry, salah orang.

botak head shopping untuk pusingan kedua.
aku dah kata, dia ni kalah orang perempuan.
harini je dia dapat angkut 5 keping baju.
tamak kau kata? aku pun rasa begitu -__________-"

nak pilih kan botak head baju ni bukan senang.
kalau nak shopping dengan botak head kena buat brainstorming dulu.
bentang peta minda, susun strategi, buat critical thinking.
baruu boleh proceed, sebab sumpah mamat ini cerewet.
so dah boleh agak, aku penat, solusi?
tutti frutti, takde benda lainnn

1 : harini cup aku tak penuh macam biasa sebab takde gummy bears :(
2 : tapi hidangan seronok dapat makan cup sendiri, tak payah share dengan aku lagi sebab aku suka habis kan.
3 : tapi harini aku murah hati share dengan botak head, sebabtu botak head sayang :)

beberapa jam kitorang kat dalam perut singa tu, aku hanya beli seketul pick berharga singgit setengah.
gehh pick asyik hilang je sampai dah naik menyampah nak masuk kedai guitar bukan nak beli guitar, tapi beli pick semata mata =.=

pulang ke rumah dengan kebosanan di muka.
terasa masih awal maka aku melarang mereka pulang ke andalas dahulu.

rumah aku tiba tiba jadi macam studio photo boleh, studio jamming pun boleh,
siap buat photoshit kat depan rumah.
haha but it was fun seriously.

harini aku dendangkan lagu merindukan mu - d'masiv dan one in a million - ne-yo untuk botak head.
walaupun tak habis tapi dia kata dia terharu, thats good enough kan? ;)

dan ini adalah background singer aku, hidangan haha.
tak tak dia selalu jadi vokalis, suara dia power okeh! :D

I LOVE THEM TO BITS!
including bidin ♥ !

cover album marathonn! :D


mana satu sesuai untuk cover album?
gambar 1, 2, 3 atau 4?
ohh lupa, kitorang manager pun takde. pe cite?

hahaha gelak macam tak ikhlas langsung!

i rock ameen's world! but he rocked my world too.
so yeah, keep on rockin baby! :D
but please please remain as a drummer cuz in case u didnt know, i'm ur biggest fan! :)

hilarious day i had today!
thanks hidangan sebab sudi nak keluar dengan aku yang tak seberapa ni.
datang rumah pun aku tak sedia kan pape :p
thanks botak head for being so patient with me,
YOU GUYS ARE THE BEST! *big hugs*

bye!

p/s : kenapa aku suka bagi orang nama bukan bukan seperti botak head dan hidangan? hmmph.

Tuesday, December 21, 2010

cukup cukup la sara,

cuti semester kali ni betul betul mencabar nafsu aku.
woi, nafsu makan la. tsk tsk, no no no.

nasib baik harini makan tengah hari di taja oleh botak head nguehhh terima kasih abang ramlee (tiba tiba)
kepala botak makna nya murah rezeki, kaya budi pekerti.
haa suka hati aku buat fakta sendiri.

harini makan makanan laju, raja beger (Burger King lahh)
memandangkan perut aku bukan main vibrate seolah olah ada orang call.
hisshh perut drop my water face, behave boleh, kalau ye pun kau lapar!

ini adalah perbezaan di antara seorang pemalu (aku) dan seorang takmalu (botak head)
ok takde kena mengena pun.

tengah dok ngunyah fghench fghaiss kegemarsss tu tiba tiba datang sekumpulan budak sekolah (aku tau lah budak sekolah, tengok pun tau) ni haa duduk depan meja kitorang.
wahh bukan main lagi dress up nak gahh macam dia la raja segala fashion.
antara mereka tu bangga sangkut DSLR kat leher ehehehhh sorry, tergelak

sumpah takde niat nak kutuk ke apa tapi satu je la,
tak payah nak tunjuk gangster dik, shopping mall je kott kamon lahh =.=
kalau ye pun korang rasa korang best, korang up, tak payah nak pandang pandang kerek kat orang lain.

orang selalu cakap, biar lahh dioranggg.
tapii masalah nya, diorang kacau aku dengan pandangan kerek diorang.
bak kata botak head, "biasa lah, budak budak baru nak kenal dunia."
haihh asal aku ni ada rupa budak sekolah jugak ke?
awww awet mudaaa! hehekkk! :3

hamek kau 3 perenggan aku membebel pasal benda ni, pffftt!
pada mereka yang masih bersekolah tu jangan terasa pulak bukan nak kondem (bukan kondom) korang ke ape.
dulu aku pun sekolah jugak, tapi aku masih ada adab lagi.
respect, u give one, u get one. renung renung kan, selamat beramal :)

lepas raja beger, ikut botak head jalan sekitar perut singa membeli belah.
ye, bukan aku, sang lelaki yang membeli belah.
tapii dapat jugak makan tuttayhh fruttayhh (sesedap resipi tukar nama kedai) :D

macam biasa petang je dah blah dari sunway.
sampai rumah, mak pun panggil ameen botak head ehehh sehati sejiwa la kita mak :p

haihh susah nya nak balikk padahal dah depan rumah dah ni.

dah tutup pagar dah ni, boleh dia buat muka kesiaaaan :'(
tolong laa jangan, aku mudah tersentuh HAHA!
entah bila next kita jumpa lagi kan? later we plan plan ok :)

apa kau ingat cerita jalan jalan makan makan aku dah habis? SALAH!
malam tu jugak aku ikut mak ayah makan ayam pakcik kenny nyum nyumm!

aku ni pelahap sebenar nya. gehh.
kesian nya badan aku terpaksa menampung semua ni.
tapi alhamdulillah, rezeki makan tak putus.
makan selagi boleh makan! nomnomnom! :D

burpp alhamdulillah.
malam semalam dah makan pizza hut island supreme.
harini makan raja beger.
malam pulak makan ayam pakcik kenny.
woii sara, jangan segan silu nak pegy timbang berat terbaru anda :)

BYE!

p/s : kalau setiap hari pegy food journey macamni, botak kepala ayahanda. ohh dua dua taiko nak botak la sekarang? zzz -___-" bulat kepala mereka, bulat lagi pipi aku yang persis bola pingpong ni.

Monday, December 20, 2010

hensem hensem pun hati tisu,

pernah tengok cerita Giuliana and Bill tak?
channel 712, E! entertainment.

they are the sweetest most adorable couple everr man seriously!
suka gila nak mampos cara diorang handle relationship diorang.
bill tu gehehehh hensem lah pulakk kan, dah la sweet gila *angkat kening laju laju*
ehehh akak giuliana jangan marah saya cakap je takde niat lain peace peace :D

mostly every night aku tengok tv series diorang ni (program to program dengan cartoon network -.-)
lepastu masuk bilik, bungkus diri dalam selimut dan berangannn.
best nya kalau dah kawin nanti life macamtu ehehh gatai ya bang :p
but seriously, i searched for the song man, theme song for the show ahaks semangatt!


hate the fact that this video is so pink haha.
but lovingggg the lyrics so muchh, chorus especially :)

kalau semua girlfies out there ada lagu for their boyfies,
with no doubt, this song is goes to my botak head hahas :))

i hate all the silly things that make us fight
but i love loving u.

i love the way u are, what im not
i love the way we fit together
i love the end of every day with u
for worse or for better
ohh i love, i love loving u! :D

ok dah CUT THE CRAP! sorry sebab malam ni mood jiwang.
semua sebab cerita giuliana and bill ni blerghh
tapi they're so sweettt :')

cakap pasal sweet, boleh tak aku nak cerita yang aku baruuu tengok cerita Lagenda Budak Setan SEMALAM!
yeap, yang dah lama berkurun lama sikit punya lama dan selama lama orang dok pom pam pom pam berpusu pusu masuk keluar wayang tengok cerita ni, aku baru tengok semalam!
HAHA so much for lisa surihani's fan huh?
itu pun sebab tiba tiba aku nampak ada cd kat atas meja, kalau tak sampai bila bila aku tak tengok wehh.

personally aku cakap, aku tak feeling langsung tengok cerita ni (ke aku yang bengap tak faham jalan cerita? hmm)
aku tengok semalam macam err,
kenapa macamni? kenapa dia tak camni?
kenapa camtu? kenapa dia tak camtu?
ok sorry terjadinya saat saat di mana aku perasan aku yang direct cerita ni =,=

maybe sebab aku tak baca novel dia kot.
orang cakap the novel is so much better than the movie.
kan? i hope so lahh, sebab aku bukan seekor pembaca novel.

dulu masa sekolah, member member dok exchange novel ngan member lain.
kadang kadang pegy library mbpj tu kalau tak dating, gy pinjam novel tangkap cintan.
aku pernah try nak berkecimpung dalam bidang pembacaan novel ni, tapi kecundang di tengah jalan.
tak pernah lepas satu bab pun -_________-"
loser nya aku ni, sumpah tidak minat membaca T.T

gehh apehal ngan aku ni?
daripada cerita giuliana and bill tiba tiba jadi macam sesi dedikasi lagu untuk yang tersayang macam stesen radio lepastu tiba tiba masuk babak lagenda budak setan lepastu tak pasal pasal cerita pasal pembacaan novel?
GILA KAHH? gila 4 in 1!

haihh aku dah kata jangan layan kan sangat
aku ni pantang mesti ada je benda nak kerepek.
zzz sorry aku memang membosankan.
dah dah gy tido gy.
sebab aku nak tido dah hehh esok nak keluar lagi.
ayaiyaii makk naik kan gaji mak pliss pliss.

bye.

p/s : terasa macam nak beli iphone lah pulak. adoiyaii berlobang terus poket dengar aku cakap ni. habuk pun dah berkepuk kepuk dalam wallet haihh :/

Friday, December 17, 2010

project besar,

didnt get enough sleep these past few days.
been going out a lot.
having my loved ones around buat aku tak kisah ada beg kat bawah mata ni.
takde hal, demi korang :)

tadi keluar dengan taiko pulak.
gehh aku dah ada dua taiko sekarang.
taiko utama : Ayahanda ♥
taiko tambahan : BOTAK HEAD! :)

ameen datang culik aku pukul 12 tadi.
mungkin sebab kepala dia dah bulat macam meatball so dia mengidam nak makan bebola daging harini.
mana lagi nak dapat the best bebolas dagings?
vamanosss to ikea.

gambar 1 : itu lah dia, telur telur tu, telur telur tu, telur telur tu da da da! geli lah sudah tu beg wanita sudah tu beg budak ajar kari ya leh piaaa. sumpah mengarut! -_-
gambar 2 : itu lah dia, beg mata. bukan beg wanita, bukan beg budak tapi beg mata! zzz.

dan ini lah dia, bebolas dagings kegemarsss ramai.
aku order 10, botak head order 15.
tapi aku rasa aku makan 7, botak head makan 18.
ehh boleh buat pantun dua kerat la! lima beLAS, lapan beLAS :D

lihat pipi, lihat pipi.
macam hamster simpan kuaci kat dalam mulut, kan pipi diorang jadi gebu.
tak tak jangan tertipu, pipi aku tu takpayah simpan apa apa memang dah sedia ada bulat camtu.
warkkk.

tapi tak sebulat kepala taiko tambahan saya ni :)
comel ok! macam pakai popiah kopiah!
nanti dah tumbuh rambut baru please botak balik ok? :DD

makan sampai kenyang burp burpp burppp.
jalan jalan cari lisa surihani (mana la tau kot kot terjumpa kat curve kan, macam kakak aku -.-)
tapi tak jumpa jugak T.T
putus asa, 3 setengah chow pegy amcorp mall pulak.

botak head dapat baju baruu hehe untung la ada girlfriend sayang.
HAHA! poyo nya girlfriend kau siapa girlfriend kau meh aku pelangkong sikit!
hehe hope u like it like i like enrique iglesias' "i like it"!
wauu suka ayat ni! (Y)

so yeahh akhirnya dapat jugak ambik gambar botak head with his botak head.
i am totally diggin his new hairstyle.
hairstyle? tak nampak hair pun?
ok la, totally diggin his new head-style.
meoww i likee baldiess so comellss so sexy HAHA!

aku tak dapat baju baru macam botak head tapi aku dapat makan ini hehehhh
10 kali ganda lagi best dari baju baruu BOO! haha

thanks for your awesomeness botak head mi lef yu en yu no dat :)

project besar apa kau tanya?
project besar kan badan la wehh apa lagi nak buat cuti sem?
setiap hari keluar pegy melantak je -__________-"
suruh kerja taknak (siapa yang suruh kerja ni? mak ayah? memang tak ahh)

hey hey hey, tolong sikit, chu olls ingat i ni minta mak ayah duit as if dorang tu bank bergerak i? puh-lisss! i know how to work for my money u knoww!
(matafata gediks nya bishes!)


kau nampak buku tobal bobona tu?
haa, itu lah kerja yang mak aku gumpalkan untuk aku.
dia highlight ayat ayat penting dalam tu, pehtu aku kena tulisss balik semua yang dia highlight tu dalam buku kosong.
TULISSS ye bukan TAIPPP!

haa bayang kan tangan aku bengkak camne.
hehh tapi aku tak kisah pun, sambil menulis tu sambil membaca, banyak benda aku belajar.
kadang kadang rasa macam mak sengaja bagi aku kerja ni biar aku sedar diri sikit tentang kandungan kandungan buku tersebut.
gehh baik mak T.T

habis tulis satu buku mak bagi gaji.
maka dengan duit itu lah i guna untuk gantung luar (hang out) dengan darlingss i ok.
bukan hulur tangan minta duit calling calling hallo ayah bank in duit pliss tenkiuu.
(hmm cerita macam tak pernah buat je -_-)

ok lah dah banyak sangat aku merepek kerepek tempenyek rempenyek kat sini.
pening kepala nak pegy makan. makan lagiii!
BYE!

p/s : sejak sejak botak head dah botak head ni, sikit sikit nyanyi baby please dont goooo. haihh mike posner wannabe lah pulakk -,-